MOSCOW: Tentera Rusia berjaya membebaskan dan menyelamatkan sejumlah penduduk Islam yang ditahan di sebuah masjid di bandar Mariupol, Ukraine, kata seorang jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Igor Konashenkov pada Ahad.
Menurutnya, penduduk Islam itu ditahan oleh pasukan bersenjata yang dikenali sebagai Nazi Ukraine di sebuah masjid.
Beliau berkata, operasi pembebasan itu dilakukan atas permintaan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Justeru, katanya, satu operasi ketenteraan dilakukan di daerah Primorsky pada Sabtu lalu untuk membebaskan para tebusan yang ditahan oleh anggota-anggota Nazi Ukraine di masjid tersebut.
Pada kebiasaannya, Nazi Ukraine merupakan gelaran yang diberikan kepada Batalion Azov Ukraine yang menentang tentera Rusia.
Menurut jurucakap itu, hasil operasi itu, masjid itu telah dibuka semula dan seramai 29 militan termasuk askar upahan asing telah terbunuh.
Di daerah Primorsky, terdapat sebuah masjid yang diberi nama sempena bekas pemerintah Turki, Sultan Suleiman.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sun Apr 17 2022
Tentera Rusia didakwa berjaya membebaskan sejumlah tawanan Islam di sebuah masjid di daerah Primorsky, Mariupol pada Sabtu lalu. - Foto AFP
Gaji penjawat awam naik 15 peratus, tertinggi dalam sejarah
Kenaikan gaji penjawat awam melibatkan kos mencecah RM10 bilion dan dianggap terbaik dalam sejarah Kerajaan MADANI.
AWANI Ringkas: Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada pekerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
11 ditahan terlibat tawaran kerja palsu, pelaburan tidak wujud di Johor Bahru
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita warga asing serta dua lelaki tempatan berusia 28 hingga 45 tahun.
Pengasas bursa dagangan kriptowang terbesar Binance dihukum penjara
Binance diarah membayar denda $4.3 bilion, sementara Changpeng Zhao sendiri dikenakan denda sebanyak $50 juta.
Sifar sekolah daif menjelang 2029, landskap baharu pendidikan Sabah
Sembilan fokus strategik digariskan bagi merealisasikan hasrat itu, dengan satu daripadanya berkaitan komitmen mensifarkan sekolah daif
Marrybrown tembusi pasaran Kemboja, Uzbekistan tahun ini
Pembukaan cawangan di dua negara itu merupakan bukti kepada imej dan jenama Marrybrown semakin dikenali di pasaran antarabangsa.
Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC
MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil.
Budak tiga tahun boleh 'mengaum' seperti singa
Gelagat video Riley Kay Scott yang dimuat naik dalam platform X oleh ibunya mencetuskan pelbagai komen lucu.
Niaga AWANI: Meneliti dinamika ekosistem pekerjaan di era teknologi
Teknologi pesat ketika ini memerlukan sektor buruh di negara ini beradaptasi, dan tidak menjadikannya sebagai halangan dalam meningkatkan produktiviti.
Lebih 3,000 rai sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan
Suasana meriah di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
Tentera Rusia bebaskan tebusan Islam di masjid Sultan Suleiman
Penduduk Islam itu ditahan oleh pasukan bersenjata yang dikenali sebagai Nazi Ukraine di sebuah masjid.