Mahkamah Seoul menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun serta denda 13 bilion won terhadap bekas presiden Korea Selatan Lee Myung-Bak atas kesalahan rasuah, menjadikan beliau pemimpin politik dan perniagaan tertinggi terbaharu yang berdepan hukuman akibat rasuah.

Beliau memimpin Korea Selatan dari 2008 hingga 2013, merupakan bekas presiden Korea Selatan ke empat dipenjarakan selepas pengantinya Park Geun-hye turut dipanjarakan atas kesalahan skandal rasuah yang membawa kepada kejatuhan kepimpinan beliau.

Lee Myung-bak berdepan tuduhan menerima AS$10 juta dana haram dari institusi seperti Samsung dan khidmat risikan.

Mahkamah mendapati beliau bersalah menggelapkan sejumlah AS$21.77 juta dari syarikat pengeluar alat ganti kenderaan yang diketuai oleh abangnya.

Lee, 76, bagaimanapun berkata pertuduhan itu bermotifkan politik dan mengutuk sekeras-kerasnya langkah berkenaan.