Skip to main content

Politik

[TIDAK RASMI] PRN Melaka: PN mendahului di Bukit Katil

Keputusan tersebut masih tidak rasmi dan tertakluk kepada pengesahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). - Gambar fail
Keputusan tersebut masih tidak rasmi dan tertakluk kepada pengesahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). - Gambar fail
Advertisement

AYER KEROH: Calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Ridzuan Mohd Sarif mendahului saingan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil.

Beliau memperoleh 462 undi atau 77.26 peratus setakat jam 6.37 petang, Sabtu.

Calon Pakatan Harapan (PH), Adly Zahari memperoleh 122 undi atau 20.40 peratus.

Advertisement

Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama), Aliza Che Amran pula meraih 11 undi (1.84 peratus), manakala calon Bebas, Abu Bakar Sabudin memperoleh tiga undi (0.50 peratus).

Ridzuan mendahului Adly dengan majoriti sementara 340 undi.

Advertisement

Setakat ini, sebanyak 598 undi direkodkan daripada keseluruhan 35,359 pengundi berdaftar di DUN Bukit Katil.

Keputusan tersebut masih tidak rasmi dan tertakluk kepada pengesahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Must Watch Video

Advertisement