awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terjatuh dari tingkat enam gara-gara buat aksi yoga ekstrem

Sinar Harian
Sinar Harian
27/08/2019
16:02 MYT
Terjatuh dari tingkat enam gara-gara buat aksi yoga ekstrem
Alexa Terraza dikatakan sedang melakukan aksi yoga ekstrem di tepi balkoni tingkat enam sebuah apartmen di San Pedro apabila dia hilang keseimbangan tubuh secara tiba-tiba. - Sinar Harian/Foto: Twitter/@javierehdz
Seorang pelajar kolej di Mexico terselamat selepas terjatuh pada ketinggian 24 meter ketika kejadian pada Sabtu lalu.
Alexa Terraza dikatakan sedang melakukan aksi yoga ekstrem di tepi balkoni tingkat enam sebuah apartmen di San Pedro apabila dia hilang keseimbangan tubuh secara tiba-tiba.
Gambar yang dikongsi secara meluas di media sosial menunjukkan mangsa berusia 23 tahun berada dalam keadaan terbalik dengan kepalanya di bawah ketika melakukan aksi berbahaya itu.
Tidak lama selepas gambar itu diambil rakannya, Alexa tergelincir dan terjatuh.
Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital di Nuevo Leon untuk pembedahan rekonstruksi yang mengambil masa selama 11 jam.
Menurut doktor, Alexa mungkin tidak boleh berjalan selama tiga tahun kerana lutut dan pergelangan kakinya perlu dibedah berikutan dia mengalami 110 patah tulang termasuk kedua-dua kaki dan tangan serta pinggul dan kepalanya akibat kejadian tersebut.
Keluarga Terraza turut merayu orang ramai untuk menderma darah menerusi media sosial dan terdapat lebih 100 penderma telah mendaftar untuk membantunya.
Sehingga semalam, keadaan wanita itu dilaporkan masih kritikal.
Siasatan dibuat pejabat Peguam Negara Nuevo Leon mendapati penghadang balkoni tidak mengalami sebarang masalah dan insiden itu disebabkan oleh kemalangan. - Agensi
Topic Berkaitan
#aksi yoga
#Alexa Terraza
#ingkat enam
#media sosial
#Nuevo Leon
#San Pedro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan