awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TERKINI HAJI 2025: Arab Saudi perketat penguatkuasaan, puluhan ditahan langgar peraturan di Mekah

Bernama
Bernama
26/05/2025
03:15 MYT
TERKINI HAJI 2025: Arab Saudi perketat penguatkuasaan, puluhan ditahan langgar peraturan di Mekah
Petugas TH termasuk pengamal media dijemput oleh Makkah Chamber of Commerce melawat Menara Jam Mekah (Clock Tower) setinggi 607m dari permukaan tanah di hadapan Masjidil Haram, 22 Mei 2025. --fotoBERNAMA
MEKAH: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi memaklumkan bahawa Pasukan Keselamatan Haji yang bertugas di pintu masuk ke Mekah menahan lima penduduk dan sembilan warganegaranya kerana melanggar peraturan Haji dengan membawa masuk 44 individu tanpa permit Haji, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Jawatankuasa pentadbiran bermusim mengeluarkan keputusan terhadap pemandu kenderaan, rakan subahat serta jemaah haji tanpa kebenaran.
Hukuman dikenakan termasuk penjara, denda sehingga SR100,000 (US$26,660), pendedahan identiti pelaku kepada umum, serta pengusiran ke atas penduduk bukan warganegara dengan larangan memasuki semula Arab Saudi selama 10 tahun selepas menjalani hukuman.
Kementerian juga memulakan prosiding mahkamah untuk merampas kenderaan yang digunakan dan mengenakan denda sehingga SR20,000 (US$5,332) ke atas individu yang cuba menunaikan Haji tanpa permit.
Kementerian Dalam Negeri menyeru semua rakyat dan penduduk agar mematuhi peraturan Haji bagi memastikan perjalanan ibadah yang selamat dan teratur untuk semua jemaah.
Sementara itu di Riyadh, Direktorat Jeneral Pasport melaporkan bahawa sehingga Sabtu (24 Mei), seramai 961,903 jemaah tiba di Arab Saudi bagi musim Haji 1446H melalui jalan udara, darat dan laut.
Daripada jumlah itu, 912,598 jemaah tiba melalui lapangan terbang, 45,028 melalui pintu masuk darat dan 4,277 melalui laluan laut.
Direktorat berkenaan turut menegaskan komitmennya untuk melancarkan proses kemasukan dengan melengkapkan semua pintu masuk antarabangsa dengan teknologi canggih serta menempatkan kakitangan terlatih dan mahir dalam pelbagai bahasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#langgar peraturan haji
#jemaah haji tanpa kebenaran
#Mekah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami