awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TERKINI HAJI 2025: Kementerian Media Arab Saudi lancar edisi kedua "Hajj Media Hub"

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
03/06/2025
05:07 MYT
TERKINI HAJI 2025: Kementerian Media Arab Saudi lancar edisi kedua "Hajj Media Hub"
Hab ini menghimpunkan pelbagai sektor dalam sistem media di satu lokasi bagi menyokong liputan media serta mengukuhkan kerjasama dalam persekitaran yang dilengkapi teknologi interaktif. - Foto Astro AWANI
MEKAH: Kementerian Media Arab Saudi telah melancarkan edisi kedua "Hajj Media Hub" pada malam Ahad, yang berlangsung dari 5 hingga 8 Zulhijjah 1446H (bersamaan 1 hingga 4 Jun 2025).

Ringkasan AI
  • Pelancaran edisi kedua Hajj Media Hub: Kementerian Media Arab Saudi melancarkan inisiatif ini dari 1 hingga 4 Jun 2025 untuk menyokong liputan media serta mengukuhkan kerjasama pelbagai sektor.
  • Transformasi besar dalam perkhidmatan Haji: Teknologi interaktif digunakan untuk mempamerkan projek dan pencapaian di dua masjid suci, dengan penglibatan 15 agensi kerajaan dan swasta.
  • Komitmen terhadap pengalaman jemaah: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menegaskan usaha memastikan ibadah Haji berlangsung dengan lancar dan teratur untuk semua jemaah.

Acara ini dianjurkan dengan kerjasama strategik bersama Program Pengalaman Tetamu Allah, salah satu inisiatif utama di bawah Wawasan Saudi 2030.
Ia juga merupakan sebahagian daripada aktiviti Pusat Operasi Media Haji Bersepadu.
Hab ini menghimpunkan pelbagai sektor dalam sistem media di satu lokasi bagi menyokong liputan media serta mengukuhkan kerjasama dalam persekitaran yang dilengkapi teknologi interaktif.
Ia turut menyerlahkan transformasi besar dalam perkhidmatan kepada jemaah, di samping mempamerkan projek dan pencapaian utama di dua masjid suci serta lokasi-lokasi suci lain.
Hajj Media Hub antaranya menampilkan pameran media interaktif; pelbagai studio penyiaran; serta pusat media menyeluruh.
Sebanyak 15 agensi kerajaan dan swasta terlibat, termasuk Kementerian Dalam Negeri; Kementerian Haji dan Umrah; serta Suruhanjaya Diraja Bandar Mekah dan Tapak Suci.
Pelancaran edisi kedua ini susulan kejayaan besar edisi pertama dari segi penyertaan dan liputan media.
Edisi terdahulu mencatatkan kehadiran lebih 2,000 pengamal media dan pengunjung, serta penglibatan lebih 15 entiti awam dan swasta secara aktif dalam operasi.
Dalam pada itu, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menyatakan komitmen untuk memastikan pengalaman ibadah Haji yang lancar dan teratur bagi semua jemaah pada musim haji tahun ini.
Topic Berkaitan
#terkini haji 2025
#Hajj Media Hub
#musim haji 2025
#berita luar negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan