awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Eizlan Yusof kongsi khabar gembira kelahiran cahaya mata kedua
Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Hamas sahkan terima jaminan perang di Gaza berakhir

Agensi
Agensi
09/10/2025
21:00 MYT
[TERKINI] Hamas sahkan terima jaminan perang di Gaza berakhir
Khalil al-Hayya mengumumkan telah menerima jaminan daripada Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara perantara rundingan damai dengan Israel bahawa “perang di Gaza telah tamat sepenuhnya." - Gambar fail Reuters
KAHERAH: Pemimpin kanan Hamas, Khalil al-Hayya mengumumkan telah menerima jaminan daripada Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara perantara rundingan damai dengan Israel bahawa “perang di Gaza telah tamat sepenuhnya."
Dalam kenyataannya, Hayya memaklumkan, jaminan itu merangkumi gencatan senjata kekal, pengunduran tentera Israel, kemasukan bantuan kemanusiaan serta pembukaan semula lintasan Rafah.
“Hari ini kami mengumumkan bahawa satu perjanjian telah dicapai untuk menamatkan perang dan pencerobohan terhadap rakyat kami serta memulakan pelaksanaan gencatan senjata kekal dan pengunduran pasukan pendudukan,” kata Khalil al-Hayya dalam ucapan disiarkan televisyen pada Khamis.
Beliau turut menjelaskan, butiran mengenai pertukaran tahanan yang dipersetujui dalam perjanjian itu - termasuk pembebasan 250 tahanan Palestin yang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup, 1,700 penduduk Gaza yang ditahan selepas 7 Oktober serta semua wanita dan kanak-kanak Palestin dalam tahanan Israel.
Menurut Hayya, Hamas kini sedang melengkapkan pelaksanaan peringkat akhir perjanjian berkenaan.
Sebagai peringatan, kerajaan Israel masih belum mengesahkan perjanjian gencatan senjata itu, manakala Israel dan Amerika Syarikat juga belum memberikan sebarang maklum balas terhadap kenyataan Hamas tersebut. - Agensi
Topic Berkaitan
#perang di Gaza
#perang berakhir
#Hamas terima jaminan
#Khalil Al-Hayya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan