awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
25 mayat ditemukan dalam operasi SAR tanah runtuh di Bandung Barat
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei curi tumpuan, martabat Bahasa Melayu dalam wawancara Bahasa Inggeris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Kenderaan bawa 1,968 tahanan Palestin menuju Gaza

Agensi
Agensi
13/10/2025
09:26 MYT
[TERKINI] Kenderaan bawa 1,968 tahanan Palestin menuju Gaza
Puluhan kenderaan membawa 1,968 tahanan Palestin mula bergerak dari Penjara Ketziot, Israel, ke Hospital Nasser, Gaza. - Foto Agensi
PULUHAN kenderaan membawa tahanan Palestin mula bergerak dari Penjara Ketziot, Israel, menuju lokasi pertukaran tahanan pada Isnin.

Ringkasan AI
  • Puluhan kenderaan membawa 1,968 tahanan Palestin dari Penjara Ketziot, Israel, menuju ke Hospital Nasser di Gaza sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata.
  • Pejuang Hamas bersenjata lengkap bersedia menyambut ketibaan tahanan dengan pentas dan kerusi disediakan di pekarangan hospital.
  • Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, tiba di Israel selepas pengumuman pembebasan dan dijangka berucap di parlimen sebelum ke Mesir.

Seramai 1,968 tahanan dijangka dibebaskan di Hospital Nasser, Gaza, menurut seorang pegawai yang terlibat.
Beberapa bas dan van dilihat keluar dari kompleks penjara, diiringi kenderaan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC).
Kebanyakan tahanan ini adalah penduduk Gaza yang ditahan sejak perang bermula 7 Oktober 2023.
Para pejuang Hamas bersenjata lengkap telah bersedia di pekarangan hospital, di mana pentas dan kerusi disediakan untuk menyambut mereka.
Pembebasan ini merupakan fasa penting dalam perjanjian gencatan senjata yang dimeterai minggu lalu di Sharm el-Sheikh, Mesir.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mendarat di Israel tidak lama selepas pengumuman pembebasan dan dijangka berucap di parlimen sebelum bertolak ke Mesir. -- Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel
#gencatan senjata
#Hamas
#tebusan
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan