awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Mesir tangguh perasmian Muzium Agung Mesir susulan ketegangan Israel-Iran

Bernama
Bernama
15/06/2025
02:45 MYT
[TERKINI] Mesir tangguh perasmian Muzium Agung Mesir susulan ketegangan Israel-Iran
Madbouly turut memberi amaran mengenai implikasi lebih luas konflik Israel-Iran, sambil menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan tercetusnya konfrontasi yang lebih besar di seluruh Timur Tengah. - Gambar fail/REUTERS
KAHERAH: Mesir menangguhkan perasmian Grand Egyptian Museum (GEM) yang lama dinanti-nantikan, berikutan ketegangan yang semakin memuncak antara Israel dan Iran, umum Perdana Menteri Mostafa Madbouly pada Sabtu, lapor agensi berita Xinhua.
Dalam sidang media semasa lawatan kerja ke wilayah utara Beheira, Madbouly berkata keadaan semasa di rantau ini tidak sesuai untuk menganjurkan acara antarabangsa berskala besar.
Perasmian muzium yang asalnya dijadual pada 3 Julai itu kini ditangguhkan ke suku keempat tahun ini.
"Ketegangan di rantau ini dijangka berlarutan selama beberapa minggu.
"Kami dapati langkah terbaik adalah menangguhkan acara penting ini supaya ia dapat diadakan dalam suasana yang lebih sesuai dan mendapat perhatian global yang sewajarnya," katanya.
Tarikh baharu perasmian akan diumumkan berdasarkan perkembangan semasa di rantau itu.
Madbouly turut memberi amaran mengenai implikasi lebih luas konflik Israel-Iran, sambil menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan tercetusnya konfrontasi yang lebih besar di seluruh Timur Tengah.
Terletak berhampiran piramid ikonik Giza dan meliputi kawasan seluas hampir 500,000 meter persegi, GEM digambarkan sebagai muzium arkeologi terbesar di dunia yang didedikasikan kepada satu tamadun.
Muzium itu dijangka menempatkan kira-kira 57,000 artifak, menurut Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Mesir.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Muzium Agung Mesir
#Grand Egyptian Museum
#konflik Israel-Iran
#Mostafa Madbouly
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan