awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Tiga maut dalam serangan Iran ke atas Israel

Agensi
Agensi
16/06/2025
04:00 MYT
[TERKINI] Tiga maut dalam serangan Iran ke atas Israel
Media Israel turut melaporkan kerosakan besar pada infrastruktur awam dan kediaman di Tel Aviv, Haifa dan Gush Dan. - Foto YNet News
TEL AVIV: Sekurang-kurangnya tiga individu disahkan maut dalam serangan peluru berpandu Iran yang terbaru menyasarkan kawasan tengah Israel, lapor media tempatan termasuk Jerusalem Post, Channel 12, dan YNet News.
Insiden itu berlaku susulan gelombang kedua Operasi Janji Benar 3 (Operation True Promise 3) yang dilancarkan oleh Tehran sebagai balasan terhadap pencerobohan ketenteraan Israel ke atas beberapa wilayah Iran termasuk ibu negara Tehran, minggu lalu.
Media Israel turut melaporkan kerosakan besar pada infrastruktur awam dan kediaman di Tel Aviv, Haifa, dan Gush Dan, selain mencatatkan puluhan kecederaan dan gangguan elektrik meluas.
Serangan peluru berpandu itu turut menyebabkan sistem amaran udara dibunyikan di banyak kawasan yang diduduki, manakala Komando Barisan Hadapan Israel mengarahkan penduduk supaya terus berada di tempat perlindungan.
Sementara itu, Iran masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai fasa terkini serangan, namun kenyataan awal pegawai keselamatan Iran menyebut bahawa serangan balas akan terus dipertingkatkan sehingga "pencerobohan Israel dihentikan sepenuhnya."
https://t.co/056QN9WA1W pic.twitter.com/1ju7kjyPvS
— ynet (@ynetalerts) June 16, 2025
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#konflik Israel-Iran
#Israel
#Iran
#tiga terbunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami