Skip to main content

Dunia

Terlewat masuk mesyuarat lima minit, menteri Jepun mohon maaf kepada seluruh negara

Japan’s Economic Security Minister apologized after arriving 5 minutes late to a cabinet meeting, explaining that traffic had completely stopped due to an accident on the expressway.
Aksi Kimi Onoda berlari memasuki bangunan kerajaan tular di media sosial selepas beliau tiba lewat lima minit untuk menghadiri mesyuarat Kabinet pada pagi Jumaat. - Gambar media sosial

TOKYO: Seorang menteri Jepun menjadi perhatian dunia apabila aksinya berlari memasuki bangunan kerajaan tular di media sosial selepas beliau tiba lewat lima minit untuk menghadiri mesyuarat Kabinet pada pagi Jumaat.

Menteri Keselamatan Ekonomi, Kimi Onoda dilihat melompat keluar dari kenderaan sebelum bergegas menaiki tangga dan melintasi kumpulan media dalam usaha mengejar masa. 

Advertisement

Rakaman video menunjukkan beliau terus berlari menuju ke bilik mesyuarat sambil ditemani seorang pembantu.

Mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Sanae Takaichi sudah bermula ketika kerusi Onoda masih kosong. 

Beliau hanya sempat mengambil tempat beberapa minit selepas sesi berkenaan berjalan.

Dalam kenyataan susulan, Onoda menjelaskan, kelewatannya berpunca daripada kesesakan lalu lintas akibat kemalangan jalan raya yang berlaku secara tiba-tiba.

Menyedari kepentingan ketepatan masa dalam budaya Jepun, beliau tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat.

Onoda menegaskan, lazimnya beliau tiba antara 15 hingga 20 minit lebih awal untuk setiap urusan rasmi dan insiden tersebut berlaku di luar jangkaan. 

Beliau juga berikrar akan lebih berhati-hati dalam pengurusan masa bagi mengelakkan situasi sama berulang.

Sikap bertanggungjawab Onoda – termasuk tindakan segera memohon maaf menerima reaksi positif daripada masyarakat yang menganggapnya contoh profesionalisme dan etika kerja dalam kalangan pemimpin negara.
 

Must Watch Video