awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terminal Lapangan Terbang Melbourne ditutup selepas terima ancaman

Bernama
Bernama
10/01/2015
04:35 MYT
Terminal Lapangan Terbang Melbourne ditutup selepas terima ancaman
Terminal Lapangan Terbang Melbourne ditutup selepas terima ancaman
Sebuah terminal di Lapangan Terbang Melbourne dikosongkan pada Jumaat malam, berikutan ancaman yang dilaporkan dibuat terhadap Tigerair.
Insiden itu yang berlaku pada 9 malam, menyebabkan orang ramai dipindahkan dari Terminal Empat, manakala beberapa pesawat dilarang daripada berlepas.
Kawasan itu diisytiharkan selamat oleh Polis Victoria pada 5 pagi Sabtu.
Terminal lain tidak terbabit dalam penutupan itu.
Sementara itu, jurucakap Lapangan Terbang Melbourne Anna Gillett memberitahu akhbar The Age, penerbangan Tigerair dibatalkan sebaik pihak berkuasa mengambil tindakan, tetapi tidak menyatakan alasan penutupan selama tujuh jam terminal itu.
Gillett berkata lapangan terbang itu tidak pernah mengeluarkan maklumat mengenai isu-isu keselamatan.
Ketua Eksekutif Tigerair Australia Rob Sharp dalam kenyataan berkata: "Tigerair mengambil kira semua faktor keselamatan berkaitan ancaman itu sebagai sesuatu yang amat serius".
"Semua langkah yang perlu telah diambil oleh syarikat penerbangan itu dengan segera melibatkan pihak berkuasa berkaitan dan melaksanakan langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan penumpang.
"Keselamatan kakitangan dan penumpang adalah keutamaan operasi pada setiap masa dan tidak akan berkompromi," tambah beliau.
Topic Berkaitan
#lapangan terbang
#Melbourne
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan