BEIJING: Pengeluar kereta elektrik Tesla akan memanggil semula 435,132 kenderaan di China susulan gangguan perisian yang boleh menyebabkan lampu belakang gagal menyala, lapor Agensi Berita Xinhua.

Ia melibatkan 142,277 kenderaan Model 3 yang dikeluarkan antara 27 Dis 2020 dan 7 Nov 2022 dan hampir 300,000 kenderaan Model Y yang dikeluarkan antara 1 Jan 2021 dan 1 Nov 2022, menurut kenyataan Pentadbiran Negeri bagi Peraturan Pasaran China.

Lampu belakang pada satu atau kedua-dua sisi kenderaan mungkin gagal menyala kerana anomali perisian tegar boleh menyebabkan pengesanan kerosakan palsu semasa proses memanaskan kenderaan.

Kegagalan itu boleh meningkatkan risiko perlanggaran dalam keadaan gelap.

Tesla akan menggunakan perisian terkini bagi menangani isu itu, menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA