BANGKOK: Thai AirAsia adalah antara syarikat penerbangan paling tepat masa di dunia dengan penarafan prestasi tepat masa (OTP) sebanyak 92.33 peratus pada 2022, menurut statistik oleh OAG.
OAG selaku penyedia maklumat penerbangan digital, risikan dan analisis terkemuka dunia bagi lapangan terbang, syarikat penerbangan dan syarikat teknologi perjalanan berkata, Thai Air Asia disenaraikan antara syarikat penerbangan terbaik dunia dari segi OTP dalam pelbagai kategori pada 2022.
Pencapaian tersebut termasuk menduduki tangga keempat daripada 20 syarikat penerbangan terbaik dari segi OTP sekali gus mencatat peningkatan daripada kedudukan ke-11 pada 2019 iaitu sebelum COVID-19.
Selain itu, Thai AirAsia turut menduduki tangga kedua daripada 20 syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dari segi OTP selain pada kedudukan kedua dalam kalangan syarikat penerbangan Asia Pasifik dari segi OTP.
Ketua Pegawai Eksekutif Thai AirAsia, Santisuk Klongchaiya menyambut baik keupayaan Thai AirAsia kerana dinobatkan antara yang terbaik bagi setiap kedudukan prestasi tepat masa bagi institusi industri penerbangan yang dikeluarkan pada awal tahun ini.
Pada awal bulan ini, Thai AirAsia dinamakan antara tiga syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dari segi prestasi tepat masa oleh Cirium.
"Kedudukan ini mengukuhkan lagi usaha berterusan kami untuk menambah baik standard dan perkhidmatan. Saya berterima kasih kepada semua kakitangan setiap jabatan berikutan kerja berpasukan dan komitmen terhadap peranan mereka dalam merealisasikan OTP ini dan terus memberikan tanggapan yang positif kepada penumpang AirAsia," katanya dalam kenyataan.
OAG mentakrifkan prestasi tepat masa bagi penerbangan yang tiba dalam tempoh 15 minit mengikut jadual manakala pembatalan penerbangan tidak dikategorikan sebagai menepati masa.
OAG adalah institusi terkemuka dan boleh dipercayai yang menilai kedudukan syarikat penerbangan dan lapangan terbang dari segi prestasi tepat masa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 20 2023

Thai Air Asia disenaraikan antara syarikat penerbangan terbaik dunia dari segi OTP dalam pelbagai kategori pada 2022. - Gambar/ Reuters

NCCIM gesa kerajaan pertimbang langkah alternatif berhubung kenaikan surcaj elektrik
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) menggesa kerajaan mempertimbangkan langkah dasar alternatif berikutan pengumuman kenaikan drastik surcaj tarif elektrik.

Gempa bumi Turkiye-Syria: UNESCO bimbang kerosakan pada tapak warisan
UNESCO mengambil berat mengenai keadaan di bandar Purba Aleppo, Syria yang tersenarai sebagai "Warisan Dunia dalam Bahaya."

Penyelidik New Zealand hasilkan kajian terbaru mengenai bahaya banjir glasier
Tasik ini bahaya bagi mereka yang tinggal di hilir kerana banjir boleh berlaku secara tiba-tiba akibat kegagalan empangan semula jadi.

Tanah Runtuh | 40 maut, puluhan cedera di Peru
Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh susulan hujan lebat di Peru.

Tragedi MH17 | Putin didakwa luluskan bekalan peluru berpandu tembak jatuh pesawat
Pasukan penyiasat antarabangsa mendakwa mereka mempunyai bukti meyakinkan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin menandatangani keputusan membenarkan sistem peluru berpandu Rusia masuk ke Ukraine.

Lawatan Rasmi PM | Respons positif petanda hubungan baik Malaysia, negara jiran
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir meluahkan kegembiraan selepas melihat lawatan Perdana Menteri ke negara-negara jiran sebelum ini berjalan lancar dan menerima sambutan baik.

Lawatan Rasmi PM | Teroka Ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand
Hal-hal ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand turut menjadi fokus lawatan dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand.

Lawatan Rasmi PM | Empat MoU bakal dimeterai dalam lawatan PM ke Thailand
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menyaksikan empat memorandum persefahaman (MoU) dimeterai sempena lawatannya ke Thailand pada 9 dan 10 Februari ini.

Parlimen Gua Musang | Mahkamah benar batal petisyen terhadap SPR, Pegawai Pengurus
Mahkamah Tinggi Kota Bharu membatalkan petisyen terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan seorang pegawai suruhanjaya itu yang difailkan oleh wakil calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen itu.

Gempa Turkiye | Tindak balas operasi menyelamat dipercepatkan
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengakui terdapat sedikit masalah dalam tindak balas pasukan penyelamat pasca gempa bumi yang menggegarkan selatan negara itu.

AirAsia X rancang tambah lebih banyak penerbangan ke Busan menjelang akhir tahun
AirAsia X merancang untuk mengadakan tujuh penerbangan ke Busan setiap minggu menjelang akhir tahun bagi mengukuhkan kedudukannya di Korea Selatan.

AirAsia X mencatat sejumlah 417,195 penumpang yang diterbangkan pada tahun kewangan 2022
AirAsia X Bhd melaporkan membawa 417,195 penumpang dengan jumlah kapasiti 536,491 tempat duduk dalam tahun kewangan penuh 18 bulan berakhir 31 Dis, 2022 (FY2022).

Penerbangan Capital A bawa 24.2 juta penumpang, melonjak 404 peratus
Jumlah penumpang syarikat penerbangan disatukan di bawah Capital A Bhd mencecah rekod 24.2 juta bagi tahun kewangan 2022 (TK2022).

AirAsia X kembali ke Osaka
Penerbangan sulungnya berlepas dari Kuala Lumpur pada 11.45 malam semalam dan tiba di Osaka pada 7.15 pagi hari ini.

Thai AirAsia antara syarikat penerbangan tepat masa di dunia - Laporan OAG
Thai AirAsia adalah antara syarikat penerbangan paling tepat masa di dunia dengan penarafan prestasi tepat masa (OTP) sebanyak 92.33 peratus pada 2022, menurut statistik oleh OAG.

airasia ride rancang masuki pasaran Singapura menjelang Jun 2023
Capital A Bhd merancang melancarkan perkhidmatan e-hailingnya, airasia ride, di Singapura pada Jun tahun ini.

Piala AFF: AirAsia rai demam bola sepak, tawar tambang istimewa KL-Bangkok
AirAsia menawarkan tambang tetap istimewa antara Kuala Lumpur dan Bangkok bagi menyokong kempen perlawanan separuh akhir Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 antara Malaysia dan Thailand.

Anthony buat pemeriksaan mengejut di klia2
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook melakukan pemeriksaan mengejut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur klia2 sebelum majlis pelancaran 'Fixed Fare Midnight Flight' anjuran AirAsia.

52 penerbangan tambahan AirAsia, RM199, RM249 dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak
Sempena Hari Raya Cina, AirAsia tawar harga RM199 sehala bagi penerbangan dari KL atau Johor Bahru ke Kuching, Sibu, Bintulu serta Miri.

Industri penerbangan Malaysia terus pulih tatkala 2022 hampir melabuh tirai
Industri juga mengalu-alukan kedatangan dua syarikat penerbangan baharu dalam tempoh dua bulan ini