awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand bakal lancar alat semburan hidung bantu cegah COVID-19

Bernama
Bernama
07/03/2022
12:21 MYT
Thailand bakal lancar alat semburan hidung bantu cegah COVID-19
Minggu lepas, timbalan jurucakap kerajaan Rachada Dhnadirek berkata lebih 20 vaksin COVID-19 sudah pun dikaji dan dibangunkan oleh agensi negeri, universiti dan syarikat sejak pandemik bermula. - Gambar fail
BANGKOK: Alat semburan hidung buatan Thailand untuk membantu mencegah COVID-19 dijangka dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.
Timbalan jurucakap Kementerian Luar, Natapanu Nopakun, berkata alat itu dibangunkan hasil kerjasama Universiti Chulalongkorn, Universiti Silpakorn, Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan (HSRI), Pertubuhan Farmaseutikal Kerajaan (GPO) dan sebuah syarikat biosains swasta.
Prototaip antibodi untuk alat itu sudah pun diperoleh dan seterusnya akan dipatenkan.
"Kini, teknologi itu telah dipindahkan ke sektor swasta. Penyelidikan klinikal telah dijalankan untuk memenuhi piawaian yang diperlukan untuk pendaftaran dengan Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) negara pada Jun.
"Alat itu dijangka tersedia untuk dijual pada suku ketiga tahun ini," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.
Natapnu berkata perjanjian kerjasama telah dimeterai untuk mengeluarkan semburan hidung anti-COVID-19 dan ia tertakluk untuk penyelidikan global.
Minggu lepas, timbalan jurucakap kerajaan Rachada Dhnadirek berkata lebih 20 vaksin COVID-19 sudah pun dikaji dan dibangunkan oleh agensi negeri, universiti dan syarikat sejak pandemik bermula.
Beliau berkata empat vaksin COVID-19 yang dibangunkan secara tempatan dan alat semburan hidung akan didaftarkan dengan FDA Thailand tidak lama lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#alat semburan hidung COVID-19
#Natapanu Nopakun
#Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan
#Pentadbiran Makanan dan Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan