awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand benar rakyat Malaysia bawa pulang kereta tersadai tanpa caj

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
23/05/2022
22:30 MYT
Thailand benar rakyat Malaysia bawa pulang kereta tersadai tanpa caj
Siti Zailah (tengah) bergambar selepas menghadiri mesyuarat bersama Ketua Imigresen Rantau Panjang dan agensi-agensi berkaitan di Kompleks ICQS Rantau Panjang, 23 Mei 2022. - Facebook Siti Zailah Mohd Yusoff
KOTA BHARU: Kerajaan Thailand membenarkan rakyat Malaysia membawa balik kenderaan yang mereka tinggalkan di negara berkenaan bermula 1 Jun depan tanpa dikenakan sebarang denda atau caj.
Perkara itu dimaklumkan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff selepas satu mesyuarat bersama pihak berkuasa Thailand yang diadakan semalam.
"Bermula pada 1 Jun sehingga 30 Jun, kerajaan Thailand bagi ruang supaya kenderaan tersadai di Thailand dibawa balik ke Malaysia, tanpa caj.
"Peluang ini diberikan selama satu bulan. Saya harap, rakyat Malaysia yang semasa PKP (perintah kawalan pergerakan) tak dapat bawa pulang kenderaan, boleh ambil tindakan ambil kenderaan balik tanpa caj," katanya.
Menurut Siti Zailah, keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat membabitkan 13 agensi berkaitan sempadan, termasuk pihak berkuasa Thailand.
Tambahnya, kerajaan Thailand biasanya mengenakan caj parkir RM100 sehari ke atas kenderaan yang tersadai di negara itu.
Sebelum ini, sebahagian rakyat Malaysia terpaksa meninggalkan kenderaan mereka sewaktu penutupan sempadan negara kerana perintah kawalan pergerakan (PKP).
Siti Zailah yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat berkata, pengecualian caj parkir bagi kenderaan Malaysia yang tersadai sepanjang tempoh lebih dua tahun itu diberikan sekiranya pemilik membawa pulang kenderaan mereka dalam tempoh satu bulan tersebut.
Beliau bagaimanapun tidak dapat memaklumkan jumlah kenderaan Malaysia yang tersadai di negara berkenaan.
Namun, isu kereta Malaysia tersadai di negara jiran pernah dibangkitkan sebelum ini.
Topic Berkaitan
#Thailand
#kenderaan tersadai
#Siti Zailah Mohd Yusof
#buka sempadan negara'
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan