awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand catat 24 juta ketibaan pelancong antarabangsa, Malaysia dahului senarai

Bernama
Bernama
07/10/2025
12:00 MYT
Thailand catat 24 juta ketibaan pelancong antarabangsa, Malaysia dahului senarai
Thailand menerima lebih 24 juta pelancong antarabangsa setakat tahun ini, dengan rakyat Malaysia mendahului senarai ketibaan. - Foto hiasan/REUTERS
BANGKOK: Thailand menerima lebih 24 juta pelancong antarabangsa setakat tahun ini, dengan rakyat Malaysia mendahului senarai ketibaan.
Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan dan Sukan, Natthriya Taweewong berkata Thailand merekodkan 24,574,177 ketibaan pelancong antarabangsa dari 1 Jan hingga 5 Okt tahun ini, menjana kira-kira 1.135 trilion baht (100 baht = RM12.97) daripada perbelanjaan pelancong asing.
Beliau berkata, lima pasaran utama bagi ketibaan pelancong ke Thailand ialah Malaysia dengan 3.53 juta pelawat, diikuti China (3.51 juta), India (1.81 juta), Rusia (1.29 juta) dan Korea Selatan (1.17 juta).
"Sepanjang minggu lalu, jumlah ketibaan pelancong antarabangsa meningkat dengan ketara apabila negara ini memasuki musim puncak pelancongan, yang turut bertepatan dengan cuti panjang di beberapa negara seperti sambutan Hari Kebangsaan China, Festival Chuseok di Korea Selatan dan Gandhi Jayanti di India," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Natthriya menjangkakan bilangan pelancong antarabangsa akan kekal stabil, disokong oleh beberapa faktor positif termasuk langkah "Ease of Travelling" kerajaan Thailand yang memudahkan perjalanan ke negara itu serta pengecualian borang imigresen TM.6.
Beliau berkata, musim puncak pelancongan yang sedang berlangsung, disokong oleh pasaran jarak jauh serta usaha kerajaan menggalakkan syarikat penerbangan meningkatkan kekerapan penerbangan, dijangka terus menyokong jumlah ketibaan pelancong antarabangsa.
Thailand menyasarkan sekurang-kurangnya 38 juta pelancong antarabangsa tahun ini.
Pada 2024, negara itu menerima lebih 35.5 juta pelawat dengan hasil pelancongan mencecah 1.67 trilion baht.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#pelancong antarabangsa
#rakyat Malaysia
#Natthriya Taweewong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan