awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
Polis tembak tayar kereta, suspek pecah rumah cuba langgar anggota
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand catat KDNK 1.5 peratus dalam suku pertama

Bernama
Bernama
21/05/2024
01:40 MYT
Thailand catat KDNK 1.5 peratus dalam suku pertama
Ekonomi Thailand berkembang sebanyak 1.5 peratus pada suku pertama 2024 didorong oleh sektor pelancongan dan penggunaan swasta. - Gambar fail/REUTERS
BANGKOK: Ekonomi Thailand berkembang sebanyak 1.5 peratus pada suku pertama 2024 didorong oleh sektor pelancongan dan penggunaan swasta, kata agensi perancangan ekonomi negara pada Isnin, lapor Xinhua.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh Januari-Mac perlahan daripada pertumbuhan 1.7 peratus pada suku sebelumnya disebabkan oleh penurunan dalam pelaburan awam, perbelanjaan kerajaan dan eksport barangan, menurut data yang dikeluarkan oleh Pejabat Majlis Pembangunan Ekonomi dan Sosial Negara (NESDC).
NESDC menjangkakan ekonomi negara Asia Tenggara ini akan berkembang dalam julat 2.0 hingga 3.0 peratus tahun ini, turun daripada unjuran sebelumnya sebanyak 2.2 hingga 3.2 peratus, disokong oleh perkembangan dalam perbelanjaan kerajaan dan pelaburan awam, di samping pemulihan berterusan dalam sektor pelancongan dan pertumbuhan yang menggalakkan dalam penggunaan dan pelaburan swasta.
--BERNAMA-XINHUA
TAG: ekonomi thailand, kdnk suku pertama, sektor pelancongan dan penggunaan swasta, nesdc
Topic Berkaitan
#ekonomi Thailand
#KDNK
#pelaburan
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan