awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand kuat kuasa pengharaman merokok, buang sampah di pantai peranginan

Agensi
Agensi
01/02/2018
06:53 MYT
Thailand kuat kuasa pengharaman merokok, buang sampah di pantai peranginan
Sesiapa yang hendak merokok perlu melakukannya di tempat yang dikhususkan, bukan lagi di pantai. - Gambar fail
Pihak berkuasa Thailand mengharamkan merokok dan membuang sampah di 24 lokasi pantai popularnya yang sering dikunjungi pelancong dari seluruh dunia, lapor Reuters.
Menurut Kementerian Sumber Alam Sekitar negara itu, keputusan itu dibuat pada Khamis setelah mengambil kira tentang isu-isu alam sekitar.
Thailand sudah lama menjadi tumpuan dalam peta pelancongan dunia, sama ada dalam kalangan pengembara beg galas pada awal tahun 1990-an hinggalah kepada rombongan berjadual pelancong dari China pada hari ini. Negara itu menganggarkan menerima kemasukan sejulah 37.55 juta pelancong pada 2018.
Kumpulan pejuang alam sekitar telah lama mendesak kerajaan Thailand untuk melindungi kawasan pesisiran pantai negara itu, yang sering dianggap antara yang tercantik di dunia, namun berdepan dengan ancaman pencemaran dan pembangunan tidak terkawal.
Pengarah Pejabat Pengurusan Sumber Marin dan Pesisiran Pantai negara itu, Bannaruk Sermthong, berkata, satu undang-undang yang dikuatkuasakan pada Khamis dikhususkan bagi menangani permasalahan tersebut.
"Bermula hari ini, merokok dan membuang puntung rokok adalah diharamkan di kawasan pantai.
"Sesiapa yang hendak merokok perlu melakukannya di tempat yang dikhususkan, bukan lagi di pantai," tegasnya.
Undang-undang terbaharu itu bakal melindungi 24 lokasi pantai peranginan popular di 15 wilayah Thailand, iaitu di sepanjang perairan Andaman dan Teluk Siam.
Sesiapa yang melanggar undang-undang itu akan didakwa di mahkamah jenayah dan bedepan hukuman penjara setahun, atau denda sehingga 100,000 Baht (RM12,000), atau kedua-duanya.
Thailand mempunyai 357 pantai di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#buang sampah
#denda
#Hukuman
#merokok
#Pantai
#penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan