awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand lapor kes kedua jangkitan cacar monyet

Bernama
Bernama
29/07/2022
04:39 MYT
Thailand lapor kes kedua jangkitan cacar monyet
Anutin berkata lelaki itu yang melakukan hubungan seks dengan seorang lagi lelaki, jatuh sakit pada 12 Julai lalu. - REUTERS
BANGKOK: Thailand melaporkan kes kedua cacar monyet yang menjangkiti seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun, kata Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul.
Anutin merangkap Timbalan Perdana Menteri, berkata lelaki itu yang melakukan hubungan seks dengan seorang lagi lelaki, jatuh sakit pada 12 Julai lalu dan dua hari kemudian mendapat gejala seperti demam panas, sakit-sakit badan selain kesan melepuh pada tubuh.
Beliau berkata seminggu selepas itu, pasakit mendapatkan rawatan perubatan apabila mukanya ditumbuhi ruam sebelum merebak ke anggota tubuh yang lain.
"Keputusan ujian makmal ke atasnya didapati positif pada Selasa. Ketika ini lelaki terbabit dirawat di Hospital Vajira, Bangkok," katanya pada sidang akhbar pada Khamis.
Sementera itu, Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Berjangkit, Dr. Opas Karnkawinpong, berkata pihak berkuasa sudah mengenal pasti 10 kontak rapat yang duduk serumah dengan lelaki berkenaan.
"Pihak hospital sudah mengambil sampel darah mereka untuk ujian makmal dan mereka diletakkan di bawah pengawasan selama 21 hari," katanya.
Dr, Opas berkata pihak berkuasa kesihatan turut meningkatkan usaha pengesanan kontak rapat bagi membendung penularan penyakit cacar monyet di negara itu.
Thailand melaporkan kes pertama jangkitan cacar monyet di pusat peranginan Pulau Phuket pada 18 Julai lalu membabitkan seorang warga Nigeria berusia 27 tahun.
Bagaimanapun, lelaki terbabit melarikan diri selepas dimaklumkan bahawa keputusan ujian awal terhadapnya positif pada 18 Julai. Dia keluar dari pangsapuri serta mematikan telefon bimbitnya.
Lelaki terbabit dijumpai di Phnom Penh pada Sabtu lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cacar monyet
#Thailand
#seks
#Menteri Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan