awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand lapor kes kelima cacar monyet

Bernama
Bernama
15/08/2022
20:20 MYT
Thailand lapor kes kelima cacar monyet
Thailand melaporkan kes pertama cacar monyet melibatkan seorang warga Nigeria berusia 27 tahun di Phuket, pada 18 Julai. - Gambar hiasan
BANGKOK: Seorang wanita tempatan berusia 25 tahun disahkan pesakit terbaharu cacar monyet di Thailand, menjadikan jumlah kes setakat ini mencecah lima orang.
Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr. Opas Karnkawinpong berkata wanita itu mempunyai sejarah perjalanan ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu dan dipercayai dijangkiti sebelum tiba di sini.
"Wanita itu mengalami gejala sebelum tiba di Thailand.
"Setibanya di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, wanita itu dikesan mengalami simptom ketara dan ruam di badannya.
"Dia kemudiannya dibawa ke hospital.
"Ujian makmal mengesahkan wanita itu positif cacar monyet," katanya.
Pihak berkuasa kesihatan telah mengenal pasti dua penumpang warga asing yang duduk bersebelahan wanita itu dan telah dikategori sebagai kontak rapat.
"Pegawai kesihatan sedang mengesan para penumpang itu dalam usaha membendung penularan cacar monyet," katanya.
Thailand melaporkan kes pertama cacar monyet melibatkan seorang warga Nigeria berusia 27 tahun di Phuket, pada 18 Julai.
Bagaimanapun, lelaki itu melarikan diri selepas dimaklumkan keputusan ujiannya.
Dia kemudiannya ditemui di Phnom Penh dan dirawat di hospital.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#cacar monyet
#Pertambahan kes
#kes import
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan