BANGKOK: Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Thailand pada Jumaat meluluskan vaksin COVID-19 Sinopharm, China untuk kegunaan kecemasan.
Setiausaha Agung FDA, Dr Paisarn Dunkum mengumumkan vaksin Sinopharm adalah vaksin COVID-19 kelima yang diluluskan oleh Thailand selepas Sinovac, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna.
"Vaksin ini selamat dan berkesan. FDA telah meneliti dokumen yang dikemukakan sebelum meluluskannya untuk kegunaan kecemasan, ” katanya pada sidang akhbar di sini pada Jumaat.
Sementara itu, Dr Paisarn mengatakan FDA sedang mengkaji permohonan untuk dua vaksin COVID-19- vaksin India dan Rusia, iaitu masing-masing Coxavin dan Sputnik.
Vaksin Sinopharm dihasilkan oleh Beijing Bio-Institute of Biological Products Co Ltd, anak syarikat China National Biotec Group (CNBG).
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang telah meluluskan suntikan Sinopharm untuk penggunaan kecemasan mengatakan percubaan besar-besaran Fasa III telah menunjukkan bahawa dua dosnya, yang diberikan berselang 21 hari, menunjukkan 79 peratus keberkesanan terhadap jangkitan simptom, 14 hari atau lebih setelah melengkapkan dos kedua.
Vaksin Sinopharm diluluskan sehari selepas Akademi Diraja Chulabhorn (CRA) Thailand mengumumkan rancangannya untuk mendapatkan vaksin alternatif sebagai tambahan kepada vaksin lain yang diterima oleh kerajaan.
Sementara itu, institut penyelidikan CRA hari ini mengumumkan ia akan mengimport satu juta vaksin Sinopharm Covid-19.
Setiausaha Agungnya Dr Nithi Mahanonda berkata kumpulan vaksin pertama dijangka dihantar pada bulan Jun.
"CRA akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Awam mengenai pengedaran vaksin," katanya pada sidang media hari ini. Beliau menambah organisasi kerajaan dan swasta sudah menyatakan minat untuk membeli vaksin.
- BERNAMA
Bernama
Fri May 28 2021
Dr Paisarn Dunkum mengumumkan vaksin Sinopharm adalah vaksin Covid-19 kelima yang diluluskan oleh Thailand selepas Sinovac, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna. - REUTERS/Tingshu Wang
PM Anwar hulur sumbangan kepada Daddy Rock
Perdana Menteri berkata Shahrol Asikin yang mengalami masalah komplikasi jantung akan menjalani prosedur pembedahan jantung bulan depan.
Larian hari pertama obor Olimpik di Perancis selesai, Drogba nyalakan kawah
Basile Boli menjadi pembawa obor pertama, memulakan larian dari Basilika Notre-Dame de la Garde yang ikonik.
Mahkamah Agung India bebaskan Ketua Menteri Delhi dengan jaminan sementara
Kejriwal ditahan Direktorat Penguatkuasaan pada 21 Mac berkaitan siasatan rasuah yang melibatkan dasar penjualan alkohol di Delhi.
PM Anwar seru Sime Darby Plantation jadi pelopor kurangkan kebergantungan buruh asing
Anwar berkata pendekatan dan kemajuan teknologi yang digunakan Sime Darby Plantation, disasarkan menjadi contoh kepada pekebun-pekebun kecil.
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
Operasi darat Israel di Rafah akan cetus bencana kemanusiaan - WHO
Netanyahu berikrar pada Selasa, untuk menyerang Rafah, walaupun terdapat laporan kemungkinan perjanjian gencatan senjata dengan Hamas.
WHO perbaharui gesaan untuk lindungi hospital Gaza
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Ghebreyesus, memperbaharui gesaan agar memberikan perlindungan kepada semua hospital di Semenanjung Gaza.
Ketua WHO gesa perlindungan kemudahan penjagaan kesihatan semasa konflik
Ghebreyesus berkata kerosakan kemudahan penjagaan kesihatan dan kakitangan WHO telah menjadi norma, seperti yang dilihat di Gaza, Sudan dan Ethiopia.
Hospital Al-Shifa umpama cangkerang kosong dengan pusara manusia - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata kemusnahan Hospital Al-Shifa menjadikannya umpama sebuah cangkerang kosong dengan pusara manusia susulan kepungan dan serangan Israel.
Malaysia laksana program pendidikan kesihatan menyeluruh, pupuk amalan berlandaskan pencegahan
Malaysia melaksanakan program pendidikan kesihatan yang menyeluruh untuk memupuk amalan penjagaan kesihatan berlandaskan pencegahan serta kesedaran kepentingan mendapatkan rawatan perubatan awal.
9,000 pesakit memerlukan pemindahan kecemasan dari Gaza
Hanya 10 hospital yang berfungsi secara minimum di seluruh Gaza dan beribu-ribu pesakit gagal mendapat penjagaan kesihatan.
Kebuluran di Gaza dijangka tidak dapat dielakkan - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata analisis terkini daripada Integrated Food Security Phase Classification (IPC) mencerminkan keadaan yang meruncing dihadapi penduduk Gaza.
Satu daripada lapan orang kini hidup dengan obesiti - WHO
Obesiti dalam kalangan orang dewasa telah meningkat lebih daripada dua kali ganda sejak 1990.
“Gaza jadi zon maut” - Ketua WHO
Situasi kesihatan dan kemanusiaan yang "tidak berperikemanusiaan" kini berlaku di seluruh Gaza dengan keadaan terus merosot.
Gaza: WHO bantu keluarkan 14 pesakit dari Hospital Nasser
WHO membantu memindahkan 14 pesakit dari Hospital Nasser di bandar Khan Younis yang dikepung tentera Israel.