awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Bomba terima 30 jentera FRT bernilai RM60 juta - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand perkenal inisiatif pulihara dan promosi Songkran

Bernama
Bernama
09/12/2023
00:00 MYT
Thailand perkenal inisiatif pulihara dan promosi Songkran
Songkran secara rasmi telah dimasukkan dalam Senarai Perwakilan UNESCO bagi Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan (ICH). - Foto fail/REUTERS
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin pada Jumaat memperkenalkan inisiatif untuk memulihara dan mempromosi Songkran bagi memastikan kelestarian warisan budaya negara itu dikekalkan.
Beliau berkata Songkran, festival tahun baharu tradisional negara itu, secara rasmi telah dimasukkan dalam Senarai Perwakilan UNESCO bagi Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan (ICH) pada Rabu dan merupakan suatu penghormatan kepada rakyat dan negara.
Langkah yang akan diambil di bawah inisiatif itu, termasuk memulihara, melindungi dan mempromosi tradisi Songkran bagi memastikan kemampanannya dalam kalangan generasi sekarang dan akan datang.
Usaha untuk meningkatkan kesedaran awam tentang nilai dan kepentingan Songkran sebagai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan juga akan dilaksanakan.
"Songkran atau festival air akan membawa pelancong dari seluruh dunia ke Thailand sekali gus akan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan menjana pendapatan, meningkatkan ekonomi dan secara berterusan meningkatkan imej positif Thailand," kata Srettha.
Keputusan untuk memasukkan "Songkran in Thailand" dalam Senarai Warisan Budaya UNESCO diambil semasa sesi ke-18 Jawatankuasa Antara Kerajaan untuk Pemuliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan yang berlangsung di Kasane, Botswana pada Rabu.
Songkran atau Tahun Baharu Thailand disambut dari 13 hingga 15 April setiap tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Songkran
#warisan budaya
#Thailand
#Unesco
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan