BANGKOK: Thailand akan menggantikan "Certificate of Entry" (CoE) dengan "Thailand Pass" untuk memendekkan proses dokumentasi perjalanan bagi pelawat yang memasuki negara ini selepas pembukaan semula sempadan pada 1 Nov.
Bagi mempermudah proses perjalanan, jurucakap Kementerian Luar Thailand, Tanee Sangrat berkata "Thailand Pass" iaitu sistem berasaskan web-based untuk pelancong yang memasuki negara ini, mereka hanya perlu mengisi maklumat masing-masing dan memuat naik dokumen berkaitan sebelum melakukan perjalanan.
Ketika ini, pengembara perlu mendapatkan CoE, surat yang dikeluarkan Kedutaan Thailand atau Konsulat untuk membenarkan pemegang visa asing masuk ke negara ini.
Sejak April 2020, katanya, Kementerian Luar telah mengeluarkan lebih 400,000 CoE kepada warga Thailand dan pelancong asing.
"Bagaimanapun, CoE masih akan digunakan untuk beberapa kumpulan pelancong seperti pesakit yang perlu tinggal di Kuarantin Hospital Alternatif yang perlu mendapat persetujuan terlebih dahulu untuk persiapan, pelancong yang melintasi sempadan darat dan mereka yang melakukan perjalanan secara berkumpulan atau dengan kapal layar dan kapal pesiaran," kata Tanee pada sidang media di sini pada Khamis.
Pada Isnin, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengumumkan Thailand akan menghentikan syarat kuarantin kepada pelawat lengkap vaksin COVID-19 yang tiba dengan perkhidmatan udara dari negara-negara berisiko rendah termasuk United Kingdom, Singapura, Jerman, China dan Amerika Syarikat mulai 1 Nov.
Namun, mesyuarat Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) yang dipengerusikan Prayuth belum memuktamadkan lagi senarai nama negara berisiko rendah.
Sementara itu, Prayuth mengulangi bahawa Thailand bersedia untuk menyambut pelancong yang lengkap vaksin COVID-19 dalam tempoh dua minggu lagi, memandangkan semua kementerian serta agensi berkaitan telah bekerjasama untuk memastikan kejayaan pembukaan semula sempadan negara.
Beliau turut menggesa rakyat memberikan kerjasama dalam usaha kerajaan untuk membuka semula pelancongan di negara ini.
"Ada banyak negara mahu benarkan rakyatnya mengunjungi Thailand, tetapi kita perlu pertimbang segala aspek ... Kita akan bermula dengan langkah kecil dan membantu rakyat mencari rezeki," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat CCSA di Rumah Kerajaan hari ini.
Sementara itu, jurucakap CCSA Dr Taweesin Visanuyothin berkata Thailand akan terus mengurangkan sekatan COVID-19 di Bangkok dan di 22 wilayah zon merah gelap mulai 16 Okt.
Tempoh perintah berkurung waktu malam akan dikurangkan dari 10 malam-4 pagi kepada 11 malam - 3 pagi manakala operasi pusat beli-belah dan kedai serbaneka dibenarkan dibuka sehingga 3 pagi.
"Pusat hiburan termasuk pub, bar dan karaoke masih ditutup," katanya.
Pada Khamis, Thailand mencatat 11,276 kes baharu COVID-19 dan 112 kematian, menjadikan jumlah jangkitan sebanyak 1,751,704 dan korban seramai 18,029 orang setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 14 2021
Ketika ini, pengembara perlu mendapatkan CoE, surat yang dikeluarkan Kedutaan Thailand atau Konsulat untuk membenarkan pemegang visa asing masuk ke negara ini. - Foto fail
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.