Parti Pheu Thai pada Isnin mengumumkan gabungan 11 parti termasuk dua pesaingnya yang mempunyai kaitan tentera, menjelang undian dwidewan untuk memilih perdana menteri baharu.
Gabungan pimpinan Pheu Thai itu mempunyai 314 kerusi di Dewan Perwakilan yang dianggotai 500 orang, sedang membuat satu lagi percubaan untuk membentuk kerajaan seterusnya menamatkan kebuntuan politik selepas Pilihan Raya Umum 14 Mei.
Pakatan itu akan menyokong usahawan hartanah Srettha Thavisin dari Pheu Thai untuk menjadi perdana menteri seterusnya dalam undian parlimen pada Selasa.
Bagaimanapun, Srettha memerlukan sokongan daripada senator kerana calon perdana menteri memerlukan 476 undi daripada 750 anggota Parlimen dwidewan untuk terpilih dan membentuk kerajaan.
Parti Pheu Thai, yang menduduki tempat kedua dalam Pilihan Raya Umum 14 Mei dengan 141 kerusi, mempunyai sekutu berikut, termasuk bekas pesaingnya: Parti Bhumjaithai (71 kerusi), Parti Palang Pracharath (PPRP), dan Parti United Thai Nation (UTN).
Parti lain dalam gabungan pimpinan Pheu Thai termasuk Parti Chart Pattana Kla dengan 10 kerusi, Parti Prachachat (sembilan kerusi), Parti Chart Pattana Kla (dua kerusi), Parti Pue Thai Rumphlang (dua kerusi), Parti Liberal Thai, Parti Plung Sungkom Mai, dan Parti Thai Countries (masing-masing mempunyai satu kerusi).
Pemimpin Parti Pheu Thai Cholnan Srikaew turut mengumumkan jumlah kerusi Kabinet bagi setiap parti gabungan.
Beliau berkata Parti Pheu Thai akan diperuntukkan sembilan kerusi Kabinet, termasuk perdana menteri, Parti Bhumjaithai (lapan kerusi kabinet), PPRP dan UTN masing-masing mendapat empat kerusi kabinet manakala Parti Chart Pattana Kla dan Prachachat masing-masing mendapat satu kerusi.
"Kesemua parti gabungan telah bersetuju untuk membentuk gabungan dengan dua syarat: tiada pindaan Artikel 112 dan pengecualian Parti Move Forward yang memenangi pilihan raya.
"Gabungan itu akan mendesak perlembagaan yang lebih demokratik, kenaikan gaji minimum secara berperingkat kepada 600 baht, ganja perubatan, perkhidmatan tentera sukarela, penyelesaian konflik dan keamanan mampan di wilayah sempadan di selatan," katanya pada sidang media.
Tinjauan oleh Institut Pentadbiran Pembangunan Kebangsaan menunjukkan 64 peratus daripada 1,310 responden tidak bersetuju dengan langkah Pheu Thai untuk membentuk kerajaan campuran yang merangkumi parti pro-tentera.
Cholnan mengulangi bahawa gabungan pimpinan Pheu Thai dengan parti-parti yang mempunyai kaitan dengan tentera untuk berusaha memulihkan ekonomi negara dan memastikan kestabilan politik.
"Semua pihak akan bekerjasama secara berkesan dengan Pheu Thai demi kepentingan terbaik rakyat untuk membangunkan kemajuan untuk negara dan rakyat," katanya.
Sementara itu, Paetongtarn Shinawatra, seorang daripada tiga calon perdana menteri Pheu Thai memohon maaf kerana parti tersebut gagal menunaikan janji pilihanraya untuk tidak bergabung dengan parti-parti pro-tentera.
"Kami telah melakukan yang terbaik untuk membentuk kerajaan, tetapi ia tidak berjalan seperti yang dirancang. Kami perlu membuat beberapa penyesuaian untuk memastikan negara bergerak ke hadapan.
"Kami faham bahawa kami perlu membayar harga untuk ini, iaitu kritikan daripada rakyat. Kami dengan rendah hati menerima dan memohon maaf atas kekecewaan dan kesedihan rakyat.
Parti Move Forward (MFP), memenangi 151 kerusi dan menjadikannya pemenang terbesar dalam pilihan raya umum telah gagal dalam usahanya membentuk kerajaan berikutan rancangannya rancangannya untuk meminda undang-undang yang menjadikan penghinaan kepada raja sebagai jenayah, terutamanya Perkara 112 kanun jenayah atau lese-majeste.
Awal bulan ini, Parti Pheu Thai telah meninggalkan MFP dan membentuk gabungan baharu.
MFP telah mengumumkan bahawa ia tidak akan menyokong atau mengundi calon perdana menteri Parti Pheu Thai dengan menyatakan ia bertentangan dengan kehendak rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 21 2023
Pakatan itu akan menyokong usahawan hartanah Srettha Thavisin dari Pheu Thai untuk menjadi perdana menteri seterusnya dalam undian parlimen pada Selasa. - AP
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
PM baharu Thailand Srettha mulakan tugas setelah dapat perkenan diraja
Srettha Thavisin secara rasminya menjadi Perdana Menteri baharu Thailand selepas mendapat perkenan diraja.
Parti Pheu Thai mohon kerajaan sementara elak pindahkan pegawai peringkat tinggi
Kerajaan diingat supaya mematuhi Perlembagaan melarang meluluskan projek yang boleh mewujudkan tanggungjawab terikat kepada kerajaan baharu.
Thailand: Parti Pheu Thai usaha raih sokongan ahli Parlimen
Gabungan itu memperoleh 312 daripada 500 kerusi dan memerlukan sokongan tambahan untuk mendapatkan 375 undi yang diperlukan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua parti pembangkang setuju bentuk Kerajaan selepas menang PRU Thailand
Parti progresif Move Forward (MFP) dan Pheu Thai yang merupakan blok pembangkang mendominasi undian pada Ahad dalam kemenangan mengejutkan.
Thailand Memilih: Parti pembangkang perlu bersatu kalahkan tentera
Pilihan raya pada 14 Mei ini digambarkan sebagai pertandingan antara konservatif pro-tentera dan pembangkang populis diketuai Pheu Thai.
PRU: Prachachat sasar menang bergaya di Selatan Thailand, terbuka tubuh kerajaan dengan Pheu Thai
Prachachat sasar menang bergaya di Selatan Thailand, terbuka untuk tubuh kerajaan dengan Pheu Thai
PRU Thailand: Pengundi Selatan Thai teruja, Move Forward, Pheu Thai dijangka tarik pengundi muda
Parti Move Forward dan Parti Pheu Thai yang memperoleh kerusi majoriti dalam pemilihan Majlis Metropolitan Bangkok pada Mei lalu, dijangka meraih undi daripada golongan muda di Selatan Thai.
Kabinet baharu Thailand pertengahan Julai - Prayuth
Semakan latar belakang anggota kabinet baharu itu mengambil masa beberapa bulan selepas berlangsung Pilihan Raya Umum pada 24 Mac.
Palang Pracharat adakan rundingan cari rakan gabungan
Katanya, perbincangan dan rundingan masih lagi berjalan termasuk dengan parti-parti kecil.