Timbalan Perdana Menteri Thailand tidak menolak kemungkinan bahawa bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra telah menyelinap keluar dari negara ini dua hari lepas menerusi Kemboja menuju ke Singapura seperti didakwa media.
Jen Prawit Wongsuwan yang juga Menteri Pertahanan dan menteri bertanggungjawab bagi hal ehwal dalam negara, bagaimanapun berkata beliau belum mendapat sebarang laporan berkaitan Yingluck.
"Saya tidak tahu tetapi saya mengikuti laporan media dalam talian bahawa beliau telah meninggalkan negara ini. Ia mungkin benar oleh kerana ada banyak laluan untuk melarikan diri (dari Thailand)," katanya kepada pemberita hari ini tentang spekulasi yang memuncak berhubung keberadaan Yingluck sekarang.
Media mendakwa adik perempuan bekas perdana menteri yang kini hidup dalam buangan, Thaksin Shinawatra, telah melarikan diri ke Kemboja menerusi Kho Chang, sebuah bandar di sempadan Thai, dua hari lepas sebelum pergi ke republik pulau berkenaan.
Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha turut mengarahkan pihak berkuasa supaya memantau rapi semua pintu keluar 'normal dan tidak normal' di negara ini.
"Saya sangkakan beliau seorang yang berani," katanya berhubung kegagalan Yingluck untuk hadir di mahkamah hari ini, dan menambah, beliau belum menerima sebarang laporan tentang Yingluck dan kemungkinan lokasinya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Jen Srivara Rangsibrahmanakul berkata polis Thai telah menghubungi rakan sejawatan mereka di Kemboja dan Singapura berhubung dakwaan itu, namun belum menerima sebarang maklumat mengenainya daripada kedua-dua negara.
"Ya, kami telah menghubungi mereka (Kemboja dan Singapura), tetapi belum ada pengesahan lagi," katanya, dan menambah, terdapat kemungkinan bekas perdana menteri itu melarikan diri menerusi sempadan biasa.
Srivara yang ditemui di Mahkamah Agung di sini, berkata polis akan melaksanakan waran tangkap ke atas Yingluck dan 'menangkapnya.'
Yingluck, 50, perdana menteri wanita pertama Thailand, sepatutnya menghadiri prosiding Mahkamah Agung hari ini untuk mendengar keputusan atas pembabitannya dalam skim subsidi beras yang diselubungi kontroversi, namun gagal menghadirkan diri, sekali gus mencetuskan spekulasi hangat tentang lokasi beliau berada.
Abang beliau, Thaksin juga melarikan diri dari Thailand bagi mengelak tindakan mahkamah pada 2008.
Ketika ditemui media selepas mahkamah menangguhkan prosiding hari ini, peguam Norrawit Larlaeng yang mewakili Yingluck menyatakan masalah kesihatan sebagai sebab beliau tidak hadir ke mahkamah hari ini.
Mahkamah menolak alasan itu dan mengeluarkan waran tangkap ke atas bekas perdana menteri, yang berdepan kemungkinan dihukum penjara sehingga 10 tahun, jika didapati bersalah.
Susulan ketidakhadiran Yingluck hari ini, mahkamah bersetuju untuk menangguhkan hukuman sehingga 9 pagi, 27 Sept.
Sementara itu, pegawai tertinggi imigresen negara menegaskan bahawa tiada tanda-tanda Yingluck telah melarikan diri dari negara ini untuk mengelak tindakan mahkamah seperti yang digembar-gemburkan.
Menurut Lt Jen Nattathorn Phrousunthon, tiada rekod imigresen yang menunjukkan beliau telah meninggalkan negara ini.
"Yingluck sebenarnya dilarang daripada melakukan perjalanan ke luar negara sejak 2015," katanya ketika dihubungi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2017
Ke mana agaknya Yingluck menghilangkan diri? - Gambar fail
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh keluar waran tangkap terhadap bekas PM Hasina
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas perdana menteri Sheikh Hasina atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan.
Bekas PM Lubnan, Salim Al Hoss meninggal dunia
Allahyarham meninggal dunia ketika mana Lubnan berdepan krisis yang memerlukan kepakarannya.
Tun M sambut Ramadan di IJN
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut Ramadan kali ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Kedudukan wanita perlu dianggap setaraf dengan lelaki untuk bangunkan negara - Tun M
Kedudukan wanita dalam masyarakat perlu dianggap setaraf dengan lelaki kerana golongan itu juga memainkan peranan penting dalam membangunkan negara, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun M sambut ulang tahun ke-98
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-98.
'Taut kembali kasih terpisah, cinta terlerai' - Ismail Sabri
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta orang ramai mengambil peluang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk menautkan kembali kasih terpisah dan cinta terlerai.
Rasuah punca kos sara hidup meningkat - Tun Mahathir
Kos sara hidup di Malaysia meningkat kerana rasuah berleluasa, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Permohonan Najib ketepi injunksi kes saman 1MDB didengar 7 Feb 2023
Prosiding pendengaran itu akan berlangsung secara fizikal pada 9 pagi di hadapan Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad.
Saman Najib 'adalah serangan kolateral' terhadap kes berkaitan 1MDB - Peguam
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa saman Najib terhadap Tommy Thomas atas dakwaan menyalahgunakan kuasa dalam empat kes beliau membabitkan 1MDB adalah satu 'serangan kolateral.'
Pecah amanah, salah guna kuasa, Najib bekas PM pertama ke penjara
Buat pertama kalinya dalam catatan sejarah negara, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi bekas perdana menteri pertama dipenjarakan kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.