BANGKOK: Thailand menangguhkan pembukaan semula pusat hiburan ke 16 Jan untuk memastikan semua langkah keselamatan sewajarnya sudah diambil sebagai persediaan menghadapi kemungkinan peningkatan jangkitan COVID-19.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Taweesin Visanuyothin berkata Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha ketika mempengerusikan mesyuarat CCSA pada Jumaat, bersetuju menangguhkan pembukaan semula pub, bar dan karaoke di seluruh negara yang sepatutnya dibuka pada 1 Dis.
Beliau berkata pusat hiburan diwajibkan untuk memastikan sistem pengudaraan yang baik serta selain mengambil langkah-langkah pencegahan yang perlu bagi memastikan pembukaan semula yang selamat.
"Semua staf pusat hiburan mesti lengkap vaksinasi," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini pada Jumaat.
Beliau menambah pihak berkuasa akan menjalankan projek perintis dengan membenarkan pembukaan semula tempat hiburan di kawasan berisiko rendah terlebih dahulu.
Pada awal April, Thailand menutup semua pusat hiburan berikutan lonjakan kes COVID-19 melibatkan kluster hiburan di Bangkok yang kemudian merebak ke semua 77 wilayah di negara ini.
Bulan lalu, Prayuth berkata kerajaan bercadang membenarkan pembukaan semula tempat hiburan mulai 1 Dis bagi membantu pemulihan sektor pelancongan dan aktiviti santai terutamanya semasa tahun baharu.
Sejak 1 Nov, Thailand membuka semula pintu kepada pelancong antarabangsa tanpa perlu menjalani kuarantin yang lama berikutan itu, pengendali pusat hiburan menggesa kerajaan turut membuka semula pub, bar dan karaoke.
Sementara itu, Taweesin berkata mesyuarat CCSA hari ini bersetuju untuk mengurangkan jumlah kawasan zon merah gelap daripada tujuh kepada enam iaitu Tak, Nakhon Si Thammarat, Narathiwat, Pattani, Yala dan Songkhla.
"Dalam usaha membendung wabak COVID-19 di zon merah gelap, perintah berkurung dari 11 malam hingga 3 pagi masih dikuat kuasa," katanya.
Pada Jumaat, Thailand merekodkan 7,305 kes baharu COVID-19 dan 51 kematian, menjadikan jumlah jangkitan kepada 2,004,274 dan 19,934 kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 12 2021
Pusat hiburan diwajibkan untuk memastikan sistem pengudaraan yang baik serta selain mengambil langkah-langkah pencegahan yang perlu bagi memastikan pembukaan semula yang selamat. -Gambar fail/Bernama
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
Usaha ubah stigma, tujuh wakil rakyat berbaju Melayu ke Parlimen Thailand
Kesemua mereka merupakan wakil rakyat dari Parti Prachachart dari tiga wilayah majoriti Melayu di Selatan Thailand.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.
Thailand dan UK akan bentuk perkongsian strategik
Thailand dan United Kingdom akan mengumumkan secara rasmi hubungan mereka sebagai satu Perkongsian Strategik pada Rabu.
14 tentera laut Thailand cedera, kapal terbakar terkena tembakan meriam
Tembakan artileri tentera laut itu dilepaskan dari artileri depan HTMS Chonburi terkena bahagian belakang HTMS Khirirat.
Dr Abass Alavi dinobatkan sebagai penerima pertama Anugerah Puteri Chulabhorn
Dr Alavi, saintis dan pakar perubatan di Amerika Syarikat, merupakan seorang pakar dalam bidang pengimejan molekul.