BANGKOK: Thailand tidak mengimport produk ais krim Haagen-Dazs yang dilaporkan mempunyai kandungan karsinogenik Ethylene Oxide (ETO) yang tinggi, menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA).
Timbalan Ketua Setiausaha Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA), Weerachai Nolwachai berkata pemeriksaan mendapati Thailand tidak mengimport sebarang produk itu, setakat ini.
"Kami ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa FDA sentiasa mematuhi pemeriksaan untuk semua produk import.
"FDA juga memantau dengan teliti isu keselamatan makanan di negara lain," katanya dalam satu kenyataan.
Sistem Amaran Pantas Kesatuan Eropah untuk Makanan dan Hidangan (EURASAFF) dalam satu laporan memaklumkan produk ais krim berperisa vanila dari Perancis itu mempunyai ETO melebihi had yang dibenarkan.
Bahan ETO adalah sebatian gas kimia bersifat karsinogenik dan sering digunakan bagi menjalankan fumigasi atau pewasapan untuk membunuh makhluk perosak seperti serangga.
BACA: Produk aiskrim Haagen-Dazs perisa vanilla dari pasaran Eropah ditarik balik - KKM
Selain itu, ia juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci tetapi tidak dibenarkan penggunaannya pada permukaan yang bersentuhan makanan.
Negara termasuk Malaysia, Singapura dan Belgium mengarahkan ais krim Haagen-Dazs dengan perisa tertentu ditarik balik daripada jualan selepas mengesan kewujudan ETO.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 14 2022
Negara termasuk Malaysia, Singapura dan Belgium mengarahkan ais krim Haagen-Dazs dengan perisa tertentu ditarik balik daripada jualan selepas mengesan kewujudan ETO. - Gambar hiasan/FB/Haagen-Dazs
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
FDA AS lulus ubat oral pertama Zurzuvae rawat kemurungan selepas bersalin
Ubat zuranolone, yang akan dijual di bawah jenama Zurzuvae, adalah rawatan oral pertama yang diluluskan oleh FDA yang dihasilkan untuk menangani kemurungan selepas bersalin.
FDA AS lulus ubat Leqembi untuk rawat Alzheimer
Leqembi berfungsi dengan mengurangkan amyloid plaques yang terbentuk di dalam otak, menurut FDA.
Taiwan rampas serbuk protein mengandungi bahan pengawet terlarang
Produk serbuk protein dadih susu yang diimport dari United Kingdom (UK) yang dirampas di sempadan Taiwan baru-baru ini, didapati mengandungi bahan pengawet yang dilarang
Vaksin COVID-19: FDA cadang pemberian tahunan
Pemberian vaksin tersebut disifatkan seperti pemberian suntikan vaksin influenza bertujuan untuk memudahkan strategi COVID-19.
Thailand tidak import produk ais krim Haagen-Dazs mengandungi bahan tercemar
Weerachai Nolwachai berkata, pemeriksaan mendapati Thailand tidak mengimport sebarang produk itu, setakat ini.
Vaksin COVID-19: FDA mahu dos penggalak sasar subvarian BA.4, BA.5 Omicron
Jika diluluskan, ia menandakan perubahan besar pertama vaksin COVID-19.
COVID-19: Pil Paxlovid mampu kurangkan kemasukan ke hospital
Terdapat bukti saintifik Paxlovid mampu mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan kematian pesakit COVID-19 ringan hingga sederhana.
FDA AS lulus rawatan COVID-19 pertama bagi kanak-kanak
Langkah itu menyaksikan Veklury, rawatan COVID-19 pertama diluluskan untuk kanak-kanak berumur kurang daripada 12 tahun.
Unit Mah Sing dapat kelulusan pasar sarung tangan perubatan di AS
Sarung tangan kemoterapi adalah produk yang telah diuji dan diluluskan untuk melindungi daripada ubat kemoterapi.
COVID-19: FDA tangguh pemberian vaksin Pfizer untuk kanak-kanak bawah 5 tahun
Keputusan itu dijadualkan minggu depan dengan pelancaran bermula seawal 21 Februari.