awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Unit Mah Sing dapat kelulusan pasar sarung tangan perubatan di AS

Bernama
Bernama
22/02/2022
00:00 MYT
Unit Mah Sing dapat kelulusan pasar sarung tangan perubatan di AS
Mah Sing berkata sarung tangan pemeriksaan nitrilnya telah diuji untuk digunakan dengan ubat kemoterapi. - Foto Mah Sing Helathcare
KUALA LUMPUR: Unit perniagaan penjagaan kesihatan Mah Sing Group Bhd, Mah Sing Healthcare Sdn Bhd telah memperoleh pemberitahuan kebenaran prapasaran sebanyak 510(k) untuk memasarkan sarung tangan pemeriksaan gred perubatan untuk digunakan dengan ubat kemoterapi di pasaran Amerika Syarikat (AS).
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Mah Sing berkata surat pemberitahuan diterima pada 19 Februari 2022 itu akan membolehkan penggiat perubatan terbesar di AS mendapatkan sarung tangan daripada Mah Sing Healthcare kerana pembekal sedia ada mereka turut mendakwa mempunyai perlindungan kemoterapi.
"Perlindungan kemoterapi selalunya menjadi pertimbangan kritikal apabila menilai sarung tangan gred pemeriksaan.
"Sarung tangan kemoterapi adalah produk yang telah diuji dan diluluskan untuk melindungi daripada ubat kemoterapi.
"Justeru, sarung tangan nitril kami telah diuji dan diluluskan untuk melindungi daripada 11 ubat kemoterapi," kata Mah Sing dalam satu kenyataan pada Isnin.
Mah Sing berkata sarung tangan pemeriksaan nitrilnya telah diuji untuk digunakan dengan ubat kemoterapi daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS (FDA) dan akan dikemas kini di laman web FDA pada masa akan datang.
Kilang sarung tangan Mah Sing Healthcare telah menyelesaikan pentauliahan semua 12 barisan pengeluaran dan menerima pensijilan yang diperlukan untuk memasarkan sarung tangan gred perubatan ke beberapa negara termasuk AS, Kanada, Kesatuan Eropah dan Kawasan Ekonomi Eropah.
Berdasarkan kepada jualan lebih kukuh dan jangkauan geografi lebih luas, Mah Sing Healthcare berada pada kedudukan yang baik untuk memenuhi permintaan sarung tangan ketika ini, katanya.
Melangkah ke hadapan, Mah Sing berusaha untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi serta mengekalkan perkhidmatan yang cekap, profesional dan berintegriti kepada pengimport, pengedar dan pelanggan globalnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mah Sing Healthcare
#sarung tangan pemeriksaan gred perubatan
#ubat kemoterapi
#FDA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan