Skip to main content

Dunia

Thailand tingkat usaha pemulihan banjir di wilayah utara Nan

@prdthailand
Banjir di Wilayah Nan dilaporkan menjejaskan lebih 30,000 orang sejak pagi Rabu, dengan dua kematian dilaporkan. - X: @prdthailand
Advertisement

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand meningkatkan usaha pemulihan di Wilayah Nan, utara negara itu yang dilanda banjir susulan air mula surut dan komuniti tempatan mula menjalankan kerja-kerja pembersihan.

Pesuruhjaya Polis Kawalan Sempadan (BPP)  Let Jen. Polis Rungroj Thakoonpounyasiri berkata pasukan sukarelawan bencana daripada Kompeni 325 Polis Kawalan Sempadan dan Polis Kawalan Sempadan Wilayah 3 telah dikerahkan untuk membantu penduduk yang terjejas.

"Seiring dengan penurunan paras air, BPP telah mengalihkan fokus daripada tindak balas kecemasan kepada operasi pemulihan bagi membantu penduduk membersihkan rumah, mengalihkan lumpur dan sisa runtuhan, serta mengangkut barangan serta harta benda yang rosak," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Rungroj berkata anggota juga sedang memantau paras air dan keadaan di kawasan terjejas untuk bertindak pantas sekiranya banjir berulang atau lebih banyak komuniti memerlukan bantuan.

Banjir di Wilayah Nan dilaporkan menjejaskan lebih 30,000 orang sejak pagi Rabu, dengan dua kematian dilaporkan.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement