Thailand, pengeksport beras kedua terbesar dunia, mengumumkan satu lagi pusingan skim subsidi untuk pesawah padi yang terjejas akibat kejatuhan harga komoditi itu dalam pasaran.
Menteri Perdagangan Apiradi Tantraporn berkata pusingan terbaru subsidi dijangkakan melibatkan kos 18 bilion Baht (RM1 = 8.2 Baht) dan menyasarkan pelbagai jenis beras putih, termasuk beras wangi Prathum Thani.
"Kira-kira 9 bilion Baht untuk pesawah menyimpan beras untuk tempoh tertentu dan 9 bilion Baht lagi untuk perbelanjaan penyimpanan, penuaian serta pengurusan," katanya kepada media selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Dasar Beras Nasional hari ini.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha.
Skim subsidi terbaru ini dijangkakan memberi manfaat kepada 700,000 pesawah padi di wilayah tengah yang kebanyakannya mengeluarkan beras wangi Prathum Thani dan beras putih jenis lain.
Menurut Apiradi, keputusan hari akan dilaksanakan selepas menerima kelulusan kabinet esok dan akan berkuat kuasa untuk tempoh lima bulan.
Langkah ini susulan pengumuman sama oleh kerajaan minggu lepas bahawa kerajaan memperuntukkan bajet 20 bilion Baht untuk skim subsidi bagi pesawah yang menanam padi Thai Hom Mali (Beras Thai Jasmine).
Sementara itu Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Wiboonlasana Ruamraksa berkata kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk memperkenakan skim subsidi padi bagi beras pulut disebabkan harga semasa yang tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 07 2016
Pusingan terbaru subsidi dijangkakan melibatkan kos 18 bilion Baht (RM1 = 8.2 Baht) dan menyasarkan pelbagai jenis beras putih, termasuk beras wangi Prathum Thani. - Gambar fail
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Harap peneroka bersabar - Yang di-Pertuan Agong
Baginda bertitah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk mencari alternatif bagi meningkatkan sumber hasil peneroka yang terkesan ekoran harga komoditi itu.
Thailand umum skim subsidi untuk pesawah padi
Thailand, pengeksport beras kedua terbesar dunia, mengumumkan satu lagi pusingan skim subsidi untuk pesawah padi yang terjejas akibat kejatuhan harga komoditi itu dalam pasaran.