awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
MAIPs salur sumbangan RM150,000 bantu mangsa banjir di Aceh
Anwar harap Zoo Johor terus diperkasakan sebagai pusat rekreasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thaksin bebas tuduhan hina Raja Thailand

Agensi
Agensi
22/08/2025
06:32 MYT
Thaksin bebas tuduhan hina Raja Thailand
Thaksin pada Jumaat berkata, beliau dibebaskan daripada tuduhan menghina raja, sekali gus melepaskannya daripada ancaman terhadap dinasti politiknya yang goyah.- fotoREUTERS
BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra pada Jumaat berkata, beliau dibebaskan daripada tuduhan menghina raja pada Jumaat, lapor portal Bangkok Post.
Sebelum ini, Thaksin, 76, berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun, namun Mahkamah Jenayah Bangkok mendapati beliau tidak bersalah kerana melanggar undang-undang lese majeste Thailand yang melarang hampir semua bentuk kritikan terhadap Raja Maha Vajiralongkorn dan keluarga diraja.
“Mahkamah menolak pertuduhan terhadap Thaksin dengan memutuskan bahawa bukti yang dikemukakan tidak mencukupi,” kata peguamnya, Winyat Chatmontree kepada pemberita.
Sejak 2020, sekurang-kurangnya 281 individu telah dikenakan tindakan di bawah undang-undang lese majeste, atas pelbagai tuduhan termasuk terlibat dalam penjualan karikatur Raja Thailand sebagai bentuk protes terhadap institusi diraja.
Thaksin, dianggap sebagai tokoh paling berpengaruh dalam politik Thailand meninggalkan mahkamah di hadapan peguamnya sambil tersenyum dan memberitahu pemberita bahawa kes itu ditolak, tanpa membuat sebarang komen lanjut.
Keputusan pembebasan Thaksin dibuat seminggu sebelum satu lagi mahkamah memutuskan sama ada anak perempuannya, Paetongtarn Shinawatra, akan dilucutkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Kes penghinaan diraja yang dihadapi Thaksin berpunca daripada kenyataan yang dibuatnya dalam satu temu bual dengan media Korea Selatan pada 2015, berkaitan rampasan kuasa tentera 2014 yang menggulingkan adik perempuannya, Yingluck Shinawatra.
Meskipun menerima berita baik itu, dinasti politik Thaksin masih goyah apabila Paetongtarn menghadapi satu lagi kes mahkamah.
Paetongtarn berdepan keputusan mahkamah pada minggu depan yang mungkin menyebabkan beliau dipecat daripada jawatan Kabinet beliau.
Topic Berkaitan
#Thaksin Shinawatra
#Perdana Menteri
#Paetongtarn Shinawatra
#Mahkamah Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan