awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
MAIPs salur sumbangan RM150,000 bantu mangsa banjir di Aceh
Anwar harap Zoo Johor terus diperkasakan sebagai pusat rekreasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thaksin cadang pengenalan visa emas, naikkan caj pelancongan untuk pacu ekonomi Thailand

Astro Awani
Astro Awani
19/07/2025
09:00 MYT
Thaksin cadang pengenalan visa emas, naikkan caj pelancongan untuk pacu ekonomi Thailand
Thaksin (foto) mencadangkan skim visa emas untuk menarik 600,000 warga asing berpendapatan tinggi yang sanggup mendeposit AS$1 juta setiap seorang bagi merangsang ekonomi Thailand. -Gambar fail/Reuters
BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, mencadangkan pengenalan skim visa emas dan kenaikan caj pelancongan sebagai langkah merangsang ekonomi negara yang kini perlahan.

Ringkasan AI
  • Bekas PM Thailand, Thaksin Shinawatra mencadangkan skim visa emas untuk menarik 600,000 warga asing berpendapatan tinggi yang sanggup mendeposit AS$1 juta setiap seorang bagi merangsang ekonomi.
  • Beliau turut mencadangkan kenaikan caj penumpang di lapangan terbang sebanyak 300 baht untuk menjana dana menaik taraf infrastruktur dan menjadikan Thailand hab penerbangan serantau.
  • Cadangan ini dibuat ketika ekonomi Thailand perlahan, dengan Thaksin juga menyarankan insurans pelancong bagi meningkatkan keyakinan terhadap keselamatan pelancongan.

Dalam ucapannya pada persidangan ‘Unlocking Thailand’s Future’ di Bangkok minggu ini, Thaksin mengesyorkan agar Thailand menarik 600,000 warga asing berpendapatan tinggi yang sanggup mendeposit AS$1 juta (RM4.25 juta) setiap seorang untuk mendapatkan visa emas.
Sebagai balasan, mereka akan diberi hak membeli hartanah di Thailand, sekali gus membantu sektor hartanah dan membiayai pendidikan rakyat Thai.
“Ini adalah wang baharu dan segar, sangat berbaloi untuk diusahakan.
"Ia akan merangsang pertumbuhan KDNK, mengurangkan hutang awam, dan meningkatkan penggunaan domestik,” kata Thaksin.
Beliau turut mencadangkan agar Airports of Thailand (AOT) menaikkan caj perkhidmatan penumpang sebanyak 300 baht (RM40) seorang, peningkatan sekitar 40 peratus daripada kadar semasa.
Langkah ini dijangka menjana 40 bilion baht (RM5.24 bilion) setahun, yang boleh digunakan untuk menaik taraf enam lapangan terbang kendalian AOT dan menjadikan Thailand sebagai hab penerbangan serantau.
Thaksin, yang masih berpengaruh dalam parti pemerintah Pheu Thai yang kini diketuai anak perempuannya Paetongtarn Shinawatra, menyampaikan cadangan tersebut ketika ekonomi Thailand dijangka berkembang hanya antara 1.3 hingga 2.3 peratus tahun ini, dihambat hutang isi rumah tinggi dan kemerosotan pelancongan.
Beliau turut menyentuh isu keselamatan pelancong, khususnya dari China, dan menyatakan kesediaan untuk menawarkan insurans peribadi kepada pelancong bagi memulihkan keyakinan terhadap Thailand sebagai destinasi pelancongan selamat.
Topic Berkaitan
#Thaksin Shinawatra
#pelancongan
#Thailand
#visa emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan