WALAUPUN Threads bermula dengan sambutan yang cukup hangat, momentum aplikasi terhenti kerana pengguna menyedari ia masih tidak mempunyai banyak ciri yang wujud di Twitter/X.

Kini untuk menarik lebih banyak pengguna ke platform, Threads mula menguji membayar sesetengah penghasil kandungan yang menarik.

Menerusi program Threads Bonus, kandungan yang menerima 2,500 tontonan akan diberikan bayaran.

Walau bagaimanapun, program ini hanya boleh disertai menerusi jemputan daripada Threads sahaja pada ketika ini.

Struktur pembayaran bonus juga masih belum diperhalusi.

Media sosial moden memerlukan ciri yang membolehkan pengguna menjana pendapatan. Tanpanya tiada insentif untuk menggunakan platform baharu kerana ia tidak akan menguntungkan. -Amanz