THREADS akhirnya akan dilancarkan di Eropah semalam dengan pengumuman dilakukan menerusi akaun oleh Mark Zuckerberg.

Aplikasi pemesejan seakan X ini dilancarkan di pasaran lain Julai lalu tetapi tidak di Eropah kerana terdapat rang udang-undang mengenai penggunaan data peribadi yang ketat di EU.

Sebagai contoh data pengguna Instagram tidak boleh dipindahkan dengan begitu sahaja ke Threads mengikut undang-undang EU.

Bagi memenuhi keperluan Eropah, Threads boleh diakses tanpa pendaftaran sebarang akaun. Tetapi tanpa akaun, Threads hanya boleh dibaca tanpa pengguna boleh memuat naik status peribadi.

Eropah ialah pasaran yang besar dan jika Threads dilancarkan jumlah pengguna aktif bulanan dapat ditingkatkan mendadak oleh Meta.

Setakat ini Threads dikatakan mempunyai 100 juta pengguna aktif bulanan.

Pelbagai ciri seperti diakses menerusi web, carian tagar, menyunting hantaran status dan melakukan carian kata kunci telahpun diperkenalkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini. -Amanz