awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

‘Tiada alasan’ Israel tidak boleh pindahkan pesakit dari Gaza - Netanyahu

Agensi
Agensi
12/11/2023
22:15 MYT
‘Tiada alasan’ Israel tidak boleh pindahkan pesakit dari Gaza - Netanyahu
Kerajaan Israel mendakwa, sedang berusaha membantu memindahkan pesakit-pesakit dari hospital di Gaza di sebalik serangan darat dilancarkan tentera negara itu. - Gamnbar REUTERS
PERDANA Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendakwa, kerajaannya sedang berusaha membantu memindahkan pesakit-pesakit dari hospital di Gaza di sebalik serangan darat dilancarkan tentera negara itu.
Dalam masa sama, Netanyahu berkata, tiada sebarang imuniti akan diberikan kepada pasukan pejuang Hamas dari Palestin.
"Kami telah menetapkan laluan ke zon selamat di selatan Bandar Gaza," katanya kepada wartawan CNN, Dana Bash pada Ahad.
"Kami mahu semua orang awam dipindahkan dari kawasan berisiko."
Netanyahu, bagaimanapun terus mendakwa, Hamas "sedang melakukan segala daya untuk terus membahayakan mereka."
"Kami telah berusaha memindahkan semua pesakit dari hospital itu (Al-Shifa, hospital terbesar Gaza) dan kira-kira 100 orang telah dipindahkan," dakwa Netanyahu lagi.
"Tidak ada alasan mengapa kita tidak boleh memindahkan pesakit dari sana."
CNN turut melaporkan agensi berita berkenaan tidak dapat mengesahkan dakwaan Netanyahu berhubung proses perpindahan pesakit dari Al-Shifa.
Israel sebelum ini mengumumkan koridor kemanusiaan di hospital itu, namun, Jawatankuasa Bulan Sabit Merah Antarabangsa tidak dapat mengesahkan sebarang proses perpindahan itu telah berlaku.
Pertempuran yang serius berhampiran pusat perubatan itu telah mengakibatkan suasana di Gaza berada "keadaan bahaya" dengan pesakit dan kakitangan terperangkap di dalamnya, manakala ambulans tidak dapat memberikan perkhidmatan kepada mangsa yang terluka selain sistem bantuan sokongan hidup tidak dapat berfungsi kerana tiada bekalan elektrik, kata pejabat kesihatan di Gaza dan agensi bantuan antarabangsa. - Agensi
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#Benjamin Netanyahu
#PM Israel
#PM Israel salahkan Hamas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan