DUNIA
Tiada bot Global Sumud Flotilla tarik diri - Nadir Al- Nuri

Pelayaran GSF yang membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan dijadualkan tiba di perairan Gaza pada hujung bulan ini dengan penyertaan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Asia Barat. - Gambar/ Reuters
KUALA LUMPUR: Tiada kapal atau bot menyertai misi Global Sumud Flotilla yang dalam pelayaran ke Gaza menarik diri setakat ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM) Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
Ringkasan AI
- Tiada kapal atau bot menarik diri daripada misi GSF setakat ini, namun beberapa kapal tidak dapat belayar akibat kerosakan disebabkan sabotaj; penyertaan Indonesia ditarik awal di Tunisia bagi memberi ruang kepada delegasi lain.
- Misi melibatkan hampir 30 bot dari pelbagai negara dan kini berada di selatan perairan Greece, dengan 34 rakyat Malaysia di bawah panji Sumud Nusantara dijangka memasuki zon kuning sebelum tiba di perairan Gaza hujung bulan ini.
- GSF membawa bantuan makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan sebagai usaha solidariti antarabangsa kepada rakyat Gaza, dengan penyertaan dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Asia Barat.
Pengarah Media Muslim Care Malaysia Tuan Asri Tuan Hussein yang turut serta dalam misi berkenaan sebelum ini dilaporkan berkata misi flotila itu sudah tiba di selatan perairan Greece, melibatkan hampir 30 bot.
Pelayaran GSF yang membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan dijadualkan tiba di perairan Gaza pada hujung bulan ini dengan penyertaan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Asia Barat.
Semua sukarelawan Malaysia berada di bawah panji Sumud Nusantara diterajui Muhammad Nadir Al-Nuri.
Sebanyak 34 rakyat Malaysia menyertai misi GSF itu kini berada di perairan antarabangsa berhampiran dengan Greece dan dijangka memasuki zon kuning pada bila-bila masa sebelum tiba di perairan Gaza hujung bulan ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami