awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thaipusam turut sumbang kepada sektor pelancongan, ekonomi setempat - Kon Yeow
Ziarah MADANI sempena Tahun Baharu Cina perkukuh keprihatinan kerajaan
Sifat organik tanah gambut jadi cabaran dalam operasi pemadaman kebakaran - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada keraguan, Israel sememangnya melakukan genosid di Gaza – Menteri Luar Pakistan

Agensi
Agensi
24/07/2025
22:50 MYT
Tiada keraguan, Israel sememangnya melakukan genosid di Gaza – Menteri Luar Pakistan
Menurut Dar, hanya pendirian tegas dan bersatu oleh masyarakat antarabangsa serta tindakan tegas oleh badan-badan global dapat memastikan kekejaman ini dihentikan segera. - Gambar Reuters
NEW YORK: Menteri Luar Pakistan, Ishaq Dar menegaskan, tiada lagi keraguan berhubung kenyataan Israel sedang melakukan genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza
Dalam wawancara bersama Al Jazeera, Dar berkata, tindakan Israel telah melanggar segala prinsip kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa.
“Institusi seperti PBB yang ditubuhkan 80 tahun lalu wujud untuk menangani situasi seperti ini,” katanya apabila ditanya mengenai tindak balas masyarakat antarabangsa terhadap kekejaman Israel di Gaza.
“Tempat ini kini telah menjadi tanah perkuburan moral. Rakyat terus terbunuh, makanan dijadikan senjata, dan setiap minggu puluhan kanak-kanak menjadi korban,” katanya ketika ditemui di luar mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini.
Menurut Dar, hanya pendirian tegas dan bersatu oleh masyarakat antarabangsa serta tindakan tegas oleh badan-badan global dapat memastikan kekejaman ini dihentikan segera.
“Ini sama sekali tidak boleh diterima, baik dari segi Piagam PBB mahupun prinsip hak asasi kemanusiaan,” tegasnya. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Genosid Gaza
#Israel lakukan genosid
#israel serang gaza
#Menteri Luar Pakistan
#Ishaq Dar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami