awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kuasa boleh paksa rakyat Palestin tinggalkan tanah air - Erdogan

Bernama
Bernama
10/02/2025
07:31 MYT
Tiada kuasa boleh paksa rakyat Palestin tinggalkan tanah air - Erdogan
"Palestin, termasuk Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur adalah milik rakyat Palestin," kata Erdogan.- Gambar fail
ISTANBUL: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menegaskan pada Ahad bahawa tiada kuasa boleh memaksa penduduk Gaza meninggalkan tanah air mereka sambil menegaskan bahawa Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur adalah milik rakyat Palestin, lapor Agensi Anadolu (AA).
"Tiada kuasa yang boleh mengusir rakyat Gaza dari tanah air mereka, yang telah mereka diami selama ribuan tahun.
"Palestin, termasuk Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur adalah milik rakyat Palestin," katanya kepada pemberita di Istanbul sebelum berlepas ke Malaysia.
Cadangan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) ke atas Gaza, yang dibuat di bawah tekanan daripada rejim Zionis tidak wajar dibincangkan, kata Erdogan.
"Usaha ini sia-sia dan tidak membawa sebarang manfaat," katanya, merujuk kepada cadangan Presiden AS, Donald Trump, untuk menempatkan semula rakyat Palestin.
Beliau turut memuji kumpulan Palestin, Hamas kerana memenuhi janjinya dalam pertukaran tahanan yang sedang berlangsung dengan Israel, meskipun terdapat cubaan Israel untuk menggagalkan proses itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Recep Tayyip Erdogan
#Gaza
#Donald Trump
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan