KAHERAH: Pertukaran tahanan Palestin dan tebusan Israel di Gaza hanya boleh berlaku selepas gencatan senjata.
Pegawai kanan Hamas, Osama Hamdan berkata demikian susulan rundingan gencatan senjata di Kaherah antara Hamas, Mesir dan Qatar berlansung tanpa ada sebarang kata putus.
Osama, ketika bercakap pada sidang media di Beirut, mengulangi syarat kumpulannya untuk perjanjian gencatan senjata.
Antaranya menamatkan serangan ketenteraan Israel, pengunduran tentera Israel dari Semenanjung Gaza dan membenarkan penduduk Palestin kembali ke rumah mereka.
Osama menyifatkan meskipun Amerika Syarikat sedang giat mengusahakan seruan genatan senjata dan menyalurkan bantuan kecemasan kepada penduduk Gaza, negara itu masih rakan kongsi dalam pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
Apa yang penting menurutnya adalah menghentikan pendudukan tenteranya dan Israel, serta menghentikan bekalan senjata, peluru dan peluru berpandunya kepada Zionis.
Situasi kemanusiaan di utara Gaza ketika ini disifatkan kritikal.
Ratusan ribu penduduk dipercayai masih kekal berada di lokasi mereka meskipun diarahkan oleh Israel untuk berpindah, susulan serangan kejam yang akan dilancarkan mereka.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak dapat lagi menghantar bantuan makanan ke utara sejak 23 Januari.
Pihak berkuasa Israel telah menafikan akses kepada konvoi bantuan PBB, yang telah ditembak oleh tentera mereka.
Astro Awani
Tue Mar 05 2024
Osama mengulangi syarat kumpulannya untuk perjanjian gencatan senjata. - Foto AP
Kastam Kelantan rampas daging babi bernilai lebih RM200,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas sebanyak 11,396 kilogram daging babi sejuk beku dianggar bernilai RM227,920 dalam Operasi Palang Timur pada 5 Mei lepas.
Peraturan EU yang lebih ketat mengenai eksport sisa kepada bukan negara EU berkuat kuasa Isnin
Peraturan yang lebih ketat mengenai eksport sisa dari Kesatuan Eropah (EU) ke negara bukan EU akan berkuat kuasa pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pentadbiran Israel kini kacau bilau
Tekanan demi tekanan daripada masyarakat dan kepimpinan dunia mula menunjukkan impak terhadap kedudukan pengurusan rejim Israel.
Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang semarakkan lagi semangat sambutan Bulan Kebangsaan
Kementerian Komunikasi akan mengetegahkan inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) bagi menyemarakkan semangat sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.
[TERKINI] Helikopter dinaiki Presiden Iran dilapor terhempas
Helikopter yang membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi serta delegasi terpaksa melakukan pendaratan cemas pada Ahad. Puncanya pendaratan yang disorot media-media antarabangsa sebagai 'hard landing' itu bagaimanapun masih belum jelas. Pihak kecemasan telahpun digegaskan ke lokasi bagi memberikan pertolongan sewajarnya kepada kesemuanya yang terlibat.
Komuniti Madani sebagai medium menyalurkan maklumat yang sahih
1,878 komuniti Madani ditubuhkan untuk bantu salurkan mesej daripada Kerajaan Persekutuan sampai ke peringkat akar umbi khususnya seperti isu 3R
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter dinaiki Presiden Iran dilapor terhempas
Sebuah helikopter membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan pegawai kanan di barat laut Iran dilaporkan terhempas.
Abang Johari saran wujudkan mekanisme kawal inflasi agar pekerja dapat manfaat penuh kenaikan gaji
Satu mekanisme perlu diwujudkan bagi mengawal inflasi secara efektif untuk memastikan pekerja memperoleh manfaat sepenuhnya daripada kenaikan gaji, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Ketirisan diesel subsidi lebih RM1.2 juta sehari di Bukit Kayu Hitam
Negara mengalami ‘ketirisan’ diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM1.2 juta sehari, akibat aktiviti penyeludupan menggunakan kenderaan asing di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Aktivis teater ASWARA Rosminah Tahir meninggal dunia
Aktivis teater ternama tanah air, Rosminah Tahir menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Keramat, di sini, sekitar petang tadi.
'Zon kemanusiaan' Israel suatu pembohongan, tiada tempat selamat di Gaza - UNRWA
Dakwaan rejim Israel bahawa penduduk Gaza boleh berpindah ke 'zon selamat' atau 'zon kemanusiaan' ialah satu pembohongan.
Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama
Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Afrika Selatan menguatkan seruan global untuk tindakan undang-undang dalam krisis Gaza
Usaha terbaharu itu merupakan tindakan penting yang diambil negaranya dalam menyokong hak dan kenegaraan Palestin.
Rejim Zionis mara ke Jabalia, antara kem pelarian terbesar
Lokasi operasi rejim itu tertumpu di Jabalia, salah satu daripada lapan kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza.
Seorang maut, lapan cedera serangan udara Israel di kem pelarian Jenin
Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat.
FIFA, AFC akan bantu Palestin - Hamidin
FIFA dan AFC akan memberi bantuan yang diperlukan oleh Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) susulan konflik Palestin dan Israel.
Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan di ICJ untuk hentikan genosid Israel di Gaza
Malaysia menyokong sepenuhnya dan menyambut baik usaha Afrika Selatan untuk menghentikan genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza.
China gesa noktahkan kesengsaraan rakyat Palestin
China akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk menggerakkan penyelesaian isu Palestin secara menyeluruh.
Malaysia tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas - Fahmi
Begitupun, katanya, beberapa parti politik dalam negara mempunyai hubungan dengan sayap politik organisasi tersebut.
Protes pro-Palestin di Israel sempena 76 tahun Nakba
Kira-kira 3,000 orang berarak di sepanjang laluan berhampiran lebuhraya utama - dalam apa yang digelar sebagai return march, yang telah diadakan setiap tahun sejak 27 tahun lalu.