Satu kejadian gempa bumi berskala 7.3 Richter telah berlaku di sempadan Iran-Iraq berdekatan wilayah Kermanshah, 680 kilometer dari barat Tehran pada 12 November.

Menerusi satu kenyataan media, Kedutaan Besar Malaysia di Tehran memaklumkan bahawa tiada rakyat Malaysia dilaporkan berada di kawasan gempa bumi itu.

Kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut.

Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tehran akan terus memantau perkembangan insiden tersebut dari semasa ke semasa.

Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

Kedutaan Besar Malaysia, Tehran

No. 25, 2nd Alley, North Zarafshan St.
Eyvanak Blvd., Phase 4
Shahrak Qods (Gharb)
Tehran, Iran

Telefon : (+9821) 8807 2444

(+9821) 8807 8606

E-mel : [email protected]