awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tiada rancangan untuk jadi presiden' - Anak Erdogan

Bernama
Bernama
23/04/2025
00:40 MYT
'Tiada rancangan untuk jadi presiden' - Anak Erdogan
Necmeddin berkata beliau menumpukan sebahagian besar masanya kepada kerja pendidikan yang melibatkan sekolah, universiti, program biasiswa dan anugerah akademik. - Foto X/ÖNDER
MOSCOW: Necmeddin Bilal Erdogan, anak kepada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Konfederasi Ethnosport Dunia, menegaskan beliau tidak berhasrat menceburi dunia politik, sebaliknya lebih cenderung kepada bidang pendidikan dan inisiatif masyarakat sivil.
"Saya tiada cita-cita politik," kata Erdogan dalam temu bual bersama agensi berita TASS.
"Saya sering diajukan soalan ini, tetapi saya mahu kekal dalam ruang bukan kerajaan, memimpin masyarakat sivil dan memberi inspirasi kepada golongan muda untuk memperjuangkan isu yang mereka yakini.
Apa juga kerjaya yang mereka pilih, jika mereka benar-benar prihatin terhadap sesuatu isu sosial, mereka harus melibatkan diri dalam masyarakat sivil - menjadi aktivis, menjadi pembela nilai."
Erdogan berkata beliau menumpukan sebahagian besar masanya kepada kerja pendidikan yang melibatkan sekolah, universiti, program biasiswa dan anugerah akademik.
"Saya menyokong golongan terbaik dan paling cemerlang untuk mencapai cita-cita dan impian mereka, serta menggalakkan usaha menghidupkan semula dan memelihara budaya agar warisan kita dapat diwariskan kepada generasi akan datang. Inilah yang saya ingin lakukan sepanjang hayat saya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Necmeddin Bilal Erdogan
#Recep Tayyip Erdogan
#presiden
#dunia politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan