Tiga kanak-kanak perempuan berusia 4 dan 5 tahun ditemui mati di dalam sebuah kereta buruk di sini pada Sabtu.

Kanak-kanak itu dilaporkan sedang bermain bersama rakan-rakan dan bertindak mengunci diri mereka dalam sebuah kereta yang telah lama ditinggalkan di situ, lapor SCTV.

Mayat kedua-dua kanak-kanak itu ditemui di kerusi belakang pada Jumaat, tiga jam selepas mereka keluar bermain, kata ayah kepada seorang kanak-kanak malang tersebut.

Polis percaya mangsa meninggal dunia akibat bahang panas serta kekurangan oksigen.