Melaka hanya akan melakukan catuan bekalan air selepas 29 Mac depan sekiranya keadaan cuaca kering berterusan dalam tempoh sebulan ini.
Ketua Menterinya Datuk Seri Idris Haron berkata paras air di tiga empangan iaitu di Empangan Durian Tunggal, Alor Gajah; Jus dan Asahan di Jasin kini masih mampu menampung keperluan pengguna di negeri itu.
Beliau berkata ketika ini, air di Empangan Durian Tunggal berada pada paras 65.2 peratus, Jus (61.8 peratus) dan Asahan (76.1 peratus).
"Tahap air di empangan ini memberi jaminan bahawa kita boleh bertahan sehingga 29 Mac tanpa hujan," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Empangan Durian Tunggal di sini hari ini.
Katanya kerajaan negeri turut mengambil langkah menyalurkan air mentah dari beberapa kolam tadahan selain air Sungai Muar dan Gerisik, Johor ke empangan terbabit sekali gus mampu membekalkan 105 juta gelen air sehari kepada pengguna.
Dalam pada itu, Idris berkata kerajaan negeri merancang mewujudkan perigi tiub di setiap 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai persiapan menghadapi musim kemarau pada masa depan.
Beliau berkata pada masa ini, Melaka mempunyai pelan kontigensi bekalan air yang mampu bertahan sehingga tempoh tiga bulan sekiranya berlaku musim kemarau.
"Dengan pembinaan perigi tiub ini, kita menjangkakan bekalan air mampu bertahan sehingga tempoh enam bulan dalam musim kemarau," katanya.
Bernama
Fri Feb 28 2014
Siasatan MB Perlis: 'Bersangka baik dengan SPRM' - Zahid
Ahmad Zahid meminta semua pihak bersangka baik dengan SPRM selepas agensi itu merakam percakapan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.
Sempadan Malaysia-Thailand dibuka seperti biasa - Polis
Sempadan Malaysia-Thailand khususnya di Rantau Panjang dibuka seperti biasa dan tidak ditutup susulan insiden letupan bom serta berbalas tembakan.
AWANI Ringkas: LHDN giat buru pihak culas bayar cukai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara
Dua ahli politik di Melaka antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit.
Scarborough Shoal: Filipina tuduh China rosakkan kapalnya
Pengawal pantai Filipina menuduh pasukan pengawal pantai China mengganggu dan merosakkan salah sebuah kapalnya di kawasan terpencil dan terumbu di Laut China Selatan, Scarborough Shoal yang menjadi pertikaian kedua buah negara.
LHDN pergiat 'buru' syarikat, individu culas bayar cukai
LHDN tidak memilih bulu dan akan mengambil tindakan sewajarnya kepada semua pihak yang mempunyai tanggungjawab terhadap pembayaran cukai.
Tak cadang lanjut tempoh laksana sistem e-invois - LHDN
Sebanyak 4,000 syarikat yang memperoleh pendapatan melebihi RM100 juta setahun disasarkan menjadi kumpulan pertama untuk terbabit dalam pelaksanaan e-invois yang dilaksanakan mulai 1 Ogos ini.
Che'gu Bard mengaku tidak salah tuduhan akta hasutan
Ahli Jawatankuas Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin aay Che'gu Bard mengaku tidak salah pertuduhan membuat penerbitan menghasut berhubung projek kasino di Forest City menerusi media sosial.
Rompin catat IPU tidak sihat
Setakat 11 pagi tadi, daerah berkenaan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap 166.
Anak KPD maut tertembak: Polis tunggu laporan forensik telefon bimbit
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan masih diteruskan termasuk mendapatkan maklumat kandungan dalam telefon bimbit mangsa.
Tiga kanak-kanak maut terkunci dalam kereta
Tiga kanak-kanak perempuan berusia 4 dan 5 tahun ditemui mati di dalam sebuah kereta buruk di sini pada Sabtu.
Senarai kawasan pelan catuan bekalan air peringkat kedua bermula esok
Pelan catuan bekalan air bermula 2 Mac hingga 31 Mac di Kuala Lumpur, Gombak, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.
Melaka catu air selepas 29 Mac jika kemarau berterusan
Melaka hanya akan melakukan catuan bekalan air selepas 29 Mac depan sekiranya keadaan cuaca kering berterusan dalam tempoh sebulan ini.
Pemuliharaan air, apa yang perlu anda lakukan
Adalah penting kita menguruskan strategi terbaik dalam pemuliharaan air sebagai sumber berkekalan.