awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
Gangguan besar dilaporkan oleh pengguna X - NetBlocks
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Senarai kawasan pelan catuan bekalan air peringkat kedua bermula esok

Bernama
Bernama
28/02/2014
23:14 MYT
Senarai kawasan pelan catuan bekalan air peringkat kedua bermula esok
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berkata pelaksanaan pelan catuan bekalan air bermula 2 Mac hingga 31 Mac di Kuala Lumpur, Gombak, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor dibuat berdasarkan konsep bergilir-gilir iaitu dua hari mendapat air dan dua hari tiada air.
Wilayah yang terlibat terbahagi kepada Zon 1 dan Zon 2.
Kawasan yang terletak dalam Zon 1 dijadual mendapat bekalan air pada 2, 3, 6, 7, 10, 11, 14, 15, 18, 19, 22, 23, 26, 27, 30 dan 31 Mac.
Zon 2 pula dijadual mendapat bekalan air pada 4, 5, 8, 9, 12, 13, 16, 17, 20, 21, 24, 25, 28 dan 29 Mac.
Untuk zon yang dijadual ada air, pengguna dijangka mendapat bekalan air pada 4 petang dan berterusan selama kira-kira 41 jam sehingga ditutup semula pada 9 pagi, dua hari selepas itu.
Bagi zon yang dijadual tiada air, bekalan dijangka mula terhenti pada 9 pagi untuk tempoh kira-kira 55 jam sehingga dibuka semula pada 4 petang, dua hari selepas itu.
Bagaimanapun, kenyataan itu berkata atas faktor perbezaan jarak antara kolam air dengan setiap premis pengguna dan perbezaan paras ketinggian kawasan pengguna dengan kolam air, masa sebenar pengguna mendapat bekalan air dijangka lewat sedikit.
Kenyataan itu menjelaskan tiada bantuan air menggunakan lori tangki dan tangki air statik disediakan bagi zon yang dijadualkan tiada air kecuali bagi situasi amat memerlukan seperti urusan kematian, kenduri, pusat dialisis, hospital kerajaan/swasta dan rumah kebajikan.
Bantuan bekalan air tidak akan diberi kepada pengguna komersial dan industri. Mereka bagaimanapun boleh memohon pembelian air daripada Syabas dengan menyediakan pengangkutan sendiri dan tertakluk kepada kelulusan Syabas.
Berikut senarai kawasan terbabit dengan pelan catuan bekalan air peringkat kedua di Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor bermula Ahad ini sehingga 31 Mac.
GOMBAK ------ (ZON 1) 1. Taman Keramat AU1 2. Taman Keramat AU2 3. Taman Keramat AU4 4. Taman Keramat AU5 5. Seksyen 10 Wangsa Maju 6. Villa Wangsa Maju 7. Bukit Wangsa Mas 8. Bandar Manjalara 9. Sunway Harmoni 10. Sunway SPK 11. Desa Aman Puri 12. Taman Industri Ehsan Jaya 13. Seksyen 5 Wangsa Maju 14. Seksyen 6 Wangsa Maju 15. Sebahagian kawasan AU4 Keramat 16. Taman Bukit Wangsa Mas
(ZON 2) 1. Kampung Sungai Merali 2. Kampung Puah 3. Kampung Padang Balang 4. Kampung Bandar Dalam 5. Taman Ibukota 6. Air Panas Setapak 7. Taman Setapak 8. Kampung Lee Kong Chian 9. Kampung Sungai Mulia 10. Taman Suria Setapak 11. Taman Setapak Permai 12. Kampung Kuantan Gombak 13. Taman Bukit Maluri 14. Sektor A Bandar Sri Damansara (SD7-SD13) 15. Seksyen 1, Wangsa Maju 16. Seksyen 2, Wangsa Maju 17. Seksyen 4, Wangsa Maju 18. Danau Kota (kawasan A) 19. Jalan Usahawan 20. Wangsa Melawati 21. Wangsa Delima
KUALA LUMPUR ------------
(ZON 1) 1. Taman Sri Sinar 2. Taman Sri Bintang 3. Taman Bukit Sri Bintang 4. Taman Prima Pelangi 5. Taman SSPK Segambut 6. Taman Segambut 7. Taman Segambut Permai 8. Taman Segambut Damai 9. Taman Segambut Muda 10. Taman Segambut Aman 11. Taman Bukit Segambut 12. Taman Indah Murni 13. Taman Prima Impian 14. Taman Desa Segambut 15. Kampung Segambut Dalam 16. Kampung Segambut Bahagia 17. Kampung Segambut Tengah 18. Kampung Segambut Gate 19. Kompleks Kediaman Kakitangan Awam, Jalan Duta 20. Kensington Park 21. Changkat Kiara Bayu 22. Changkat Kiara Surya 23. Prima Duta 24. Menara Duta 25. Duta Ria 26. Kawasan Mont Kiara 27. Arkib Negara 28. Kompleks Kerajaan Jalan Duta 29. Masjid Wilayah KL 30. Lembaga Peperiksaan 31. Ibu Pejabat BPR 32. Persiaran Duta 33. Pusat Perkembangan Kokurikulum 34. Stadium Hoki 35. Flat DBKL Dato Keramat 36. Jalan Padang Tembak 37. Jalan Semarak 38. Jalan Gurney 39. UTM, Jalan Semarak 40. Bangunan Felda 41. Jalan Kent 1 hingga 7 42. Desa Pandan 43. Keseluruhan kawasan Permaisuri 44. Taman Shamelin Perkasa 45. Taman Bandar Damai Perdana A & B 46. Taman Seri Bahagia 47. Taman Bukit Angsana 48. Taman Minang 49. Taman Damai Indah 50. Taman Bukit Anggerik 1 & 2 51. Taman Desa Baiduri 52. Taman Bukit Segar 53. Taman Bukit Segar Masera 54. Bandar Baru Segar Utama 55. Taman Bukit Segar Jaya 56. Alam Damai & Taman Len Seng 57. Bukit Cheras
(ZON 2) 1. Jalan Ipoh Batu 4 hingga Batu 5 2. Jalan Cenderuh 3. Jalan Kuala Kangar 4. Jalan VethavanamF 5. Jalan St Thomas 6. Jalan Khalsa 7. Taman Kok Lian 8. Taman City 9. Taman Sri Kuching & Taman Niaga Waris 10. Kem Batu Kentomen 11. Taman Impian 12. Taman Eastern 13. Taman Rainbow 14. Taman Bamboo 15. Taman Million 16. Taman Sheng Cheng 17. Taman Kaya 18. Kawasan Perindustrian Segambut 19. Taman Sri Hartamas 20. Kiaraview 21. Kiaramas 22. Taman Duta Nusantara 23. Taman Duta Tropika 24. Hartamas Heights 25. Taman Pandan Jaya 26. Taman Cempaka 27. Taman Bakti 28. Taman Nirwana 29. Taman Putra Sulaiman 30. Taman Cahaya 31. Pandan Cahaya 32. Taman Dagang 33. Taman Tenaga 34. Taman Miharja 35. Taman Kobena 36. Flat Sri Melaka 37. Taman Saga 38. Taman Teratai 39. Taman Bukit Permai 40. Taman Mega Jaya 41. Taman Seraya 42. Taman Melur 43. Kampung Cheras Baru 44. Taman Muda & Taman Mawar 45. Taman Putra
PETALING --------
(ZON 1) 1. Desa Petaling 2. Kampung Malaysia 3. Taman Salak Selatan 4. Kampung Baru Salak Selatan 5. Taman Gembira 6. Keseluruhan Jalan Kuchai Lama 7. Taman Lian Hoe 8. Taman Salak Jaya 9. Pantai Dalam 10. Mah Sing U5 11. Tropicana Golf
(ZON 2) 1. Seksyen 1, Petaling Jaya 2. Seksyen 2, Petaling Jaya 3. Seksyen 3, Petaling Jaya 4. Seksyen 5, Petaling Jaya 5. Seksyen 6, Petaling Jaya 6. Seksyen 7, Petaling Jaya 7. Seksyen 8, Petaling Jaya 8. Seksyen 9, Petaling Jaya 9. Seksyen 18, Petaling Jaya 10. Seksyen 51A 11. Taman Sri Sentosa 12. Kampung Pasir Baru 13. Taman OUG 14. Yaman Yarl 15. Taman Perindustrian Bukit Jalil 16. PPRT Kampung Muhibbah 17. Ara Damansara 18. Bandar Utama 1-11
KLANG/SHAH ALAM ---------------
(ZON 1) 1. Sungai Kapar Indah 2. Bandar Bukit Rajah 3. Putra Height/Bukit Lancung 4. Bukit Tinggi 1 5. Bukit Tinggi 2 6. Bandar Botanik 7. Bandar Puteri
(ZON 2) 1. Taman Aman Perdana 2. Bandar Setia Alam 3. Seksyen 27 4. Seksyen 28 5. Megahub
KUALA SELANGOR --------------
(ZON 1) 1. Kawasan Sungai Darah (kiri dari Batang Berjuntai) 2. Sepanjang Jalan Raja Musa dari Batang Berjuntai hingga ke Batu 7 Tanjung Karang 3. Universiti Selangor (Unisel) dan Taman Ilmu 4. Kampung Bestari Jaya 5. Seluruh kawasan Bukit Belimbing dan Hujung Permatang 6. Seluruh kawasan Tanjung Karang dari Pasir Penambang ke Pekan Tanjung Karang 7. Sungai Gulang-Gulang dan Parit Serong 8. Sungai Tengi Kanan 9. Seluruh kawasan Puncak Alam Fasa 1,2,3 dan Shah Alam 2
(ZON 2) 1. Kawasan Sungai Darah (kanan dari Batang Berjuntai) 2. Pekan Batang Berjuntai 3. Batu Ijok dari Jalan Datuk Muskam hingga Bukit Badong 4. Bukit Badong 5. Sepanjang Jalan Rawang dari Pekan Batang Berjuntai hingga Kampung Kuantan 6. Jalan Kelab 7. Jalan Bukit Rotan 8. Seluruh Bandar Seri Coalfields/Desa Coalfields Sungai Buloh 9. Seluruh Seri Pristana 10. Seluruh Alam Perdana 11. Kampung Sentosa 12. Kampung Seri Aman 13. Saujana Utama 3 14. Taman Alam Jaya 15. Kawasan Industri Batu 23, Ijok 16. Jalan Meru Puncak Alam (Mc Donalds)
HULU SELANGOR -------------
(ZON 1) 1. Seluruh Bukit Beruntung 2. Seluruh Bukit Sentosa 3. Seluruh Sungai Buaya 4. Seluruh Bukit Teratai (Estate), 5. Seluruh Bandar Country Home 6. Seluruh Taman Desa Mas 7. Seluruh Saujana Rawang 8. Seluruh Taman Teknologi 9. Seluruh Taman Velox 10. Seluruh Batu Arang 11. Seluruh Kota Puteri 12. Seluruh Sungai Bakau 13. Seluruh Emerald 14. Seluruh Taman Garing 15. Seluruh Rawang Intergrated/Sungai Dua
(ZON 2) 1. Seluruh Rasa 2. Seluruh Bandar Baru Batang Kali 3. Seluruh Tamu Hill Park 4. Seluruh Taman Semarak Batang Kali 5. Seluruh kawasan Perindustrian MIEL 6. Seluruh Taman Desa Alam Ria 7. Seluruh Taman Bukit Rawang Jaya 8. Seluruh Taman Bukit Rawang Putra 9. Seluruh Taman Mutiara 10. Seluruh Bandar Baru Rawang 11. Seluruh Kampung Rajah/ Pekan 12. Seluruh Kampung Kenanga Rawang 13. Seluruh Kampung Sungai Terentang/Kampung Baru 14. Seluruh Kampung New Green Park/Taman Sri Hijau 15. Seluruh Jalan Pahang/ Maktab Polis KKB 16. Seluruh Taman Arif/Teratai KKB 17. Seluruh KKB Utama 18. Seluruh Kampung Dagang Setia/ Kampung Kelapa KKB 19. Seluruh Taman Ampang Pecah KKB 20. Seluruh Taman Ampang Indah KKB 21. Seluruh Taman Millenium KKB 22. Seluruh Taman Damai KKB 23. Seluruh Bukit Bujang KKB 24. Seluruh Taman Tanjak 25. Seluruh Taman Desa Rening Jaya 26. Seluruh Kerling 27. Seluruh Hulu Bernam 28. Seluruh Taman Bernam Jaya 29. Seluruh Taman Keliang Kalumpang 30. Seluruh Taman Bahtera Hulu Bernam 31. Seluruh Kampung Pinang Hulu Bernam 32. Seluruh Kuang 33. Seluruh Kundang 34. Seluruh Tasik Puteri 35. Seluruh Serendah 36. Seluruh Ulu Yam Lama 37. Seluruh Antara Gapi 38. Seluruh Sungai Choh.
Topic Berkaitan
#bahang panas
#bekalan air
#Pelan catuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan