awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Filipina sedia corak masa depan pelancongan serantau menjelang Kepengerusian ASEAN 2026
Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan - Gabenor Bank Pusat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut, 15 cedera akibat gelombang pasang di Tenerife

Astro Awani
Astro Awani
10/11/2025
00:10 MYT
Tiga maut, 15 cedera akibat gelombang pasang di Tenerife
Tenerife kini berjaga-jaga dengan ramalan ombak setinggi 4 meter dan angin kencang. - Foto REUTERS
TENERIFE: Tiga individu dilaporkan maut manakala 15 lagi cedera dalam kejadian gelombang pasang secara tiba-tiba yang melanda pulau pelancongan Tenerife, Sepanyol, pada Sabtu lalu.

Ringkasan AI
  • Gelombang pasang mengejut akibat cuaca buruk menyebabkan tiga kematian dan 15 kecederaan di beberapa lokasi pantai Tenerife.
  • Seorang lelaki terjatuh ke laut, seorang lagi ditemui terapung, dan seorang wanita warga Belanda meninggal dunia akibat serangan jantung.
  • Pihak berkuasa keluarkan amaran keselamatan; Tenerife kini berjaga-jaga dengan ramalan ombak setinggi 4 meter dan angin kencang.

Menurut pihak berkuasa tempatan, insiden berlaku di beberapa lokasi sepanjang pantai utara dan selatan pulau itu ketika ombak besar melanda secara mengejut akibat cuaca buruk.
Seorang lelaki berusia 43 tahun dari La Orotava terjatuh ke laut di kawasan berbatu Charco del Viento dan diselamatkan menggunakan helikopter, namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
Mangsa kedua, seorang lelaki yang identitinya belum didedahkan, ditemui terapung di pantai El Cabezo di selatan Tenerife.
Pasukan penyelamat gagal menyelamatkannya dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mangsa ketiga merupakan seorang wanita warga Belanda berusia 79 tahun yang mengalami serangan jantung selepas ombak besar menyapu sekumpulan orang ke laut di Puerto de la Cruz.
Tiga lagi dari kumpulan tersebut mengalami kecederaan serius dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran kepada orang awam agar menjauhi laluan pantai dan tidak mengambil risiko ketika keadaan laut bergelora.
Tenerife kini berada dalam status berjaga-jaga berikutan ramalan ombak setinggi empat meter dan angin kencang yang dijangka berterusan dalam beberapa hari akan datang.
Topic Berkaitan
#gelombang pasang
#ombak besar
#meinggal dunia
#lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan