awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga negara gantung khidmat Boeing 737 Max 8

Agensi
Agensi
11/03/2019
02:31 MYT
Tiga negara gantung khidmat Boeing 737 Max 8
MAS memaklumkan ia tidak menggunakan pesawat jenis 737 Max 8 ketika ini. - Foto boeing.com
Badan kawal selia industri penerbangan China, CAAC arahkan syarikat penerbangan domestik gantung penggunaan pesawat Boeing 737 Max 8 serta merta susulan nahas pesawat Ethiopian Airlines.
Syarikat penerbangan domestik di China dilaporkan menggunakan 60 pesawat jenis itu.
Dengan penggantungan ini, penerbangan yang dijadual menggunakan Max 8 akan ditukar kepada pesawat model jenis 737-800.
BACA: Jenis pesawat nahas Ethiopian Airlines sama dengan pesawat Lion Air yang terhempas
BACA: Pesawat Lion Air terbang 'di luar kebiasaan' sehari sebelum terhempas
Selain China, dua lagi negara umum gantung khidmat pesawat 737 Max 8.
Ia melibatkan Cayman Airways dan Fiji Airways.
Ini adalah nahas kedua melibatkan pesawat jenis Boeing 737 Max 8 dalam tempoh lima bulan. Oktober lalu, pesawat sama yang dikendalikan syarikat penerbangan tambang murah Lion Air terhempas 13 minit selepas berlepas, mengorbankan kesemua 189 penumpang dan anak kapalnya.
Sementara itu Malaysia Airlines (MAS) dalam satu kenyataan memaklumkan syarikat berkenaan tidak menggunakan pesawat jenis 737 Max 8 ketika ini.
Bagaimanapun ia kini cuba mendapatkan perincian teknikal pesawat berkenaan daripada Boeing.
MAS membeli 15 buah pesawat jenis 737 Max 8 dan penghantaran dijadualkan 2020.
Syarikat itu jelaskan adalah terlalu awal untuk membuat kenyataan lanjut memandangkan punca nahas pesawat Ethiopia Airlines adalah belum jelas.
MAS turut ucap takziah kepada mereka yang terlibat dalam tragedi berkenaan.
Topic Berkaitan
#737 MAX 8
#Boeing
#Cayman Airways
#China
#Ethiopian Airlines
#fiji airways
#gantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan