awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
Tentera Israel dakwa bunuh anggota pasukan Quds Iran di Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga saintis dinobat Hadiah Nobel Fizik bagi kajian lohong hitam

Agensi
Agensi
06/10/2020
14:03 MYT
Tiga saintis dinobat Hadiah Nobel Fizik bagi kajian lohong hitam
Tiga saintis tersebut adalah Roger Penrose dari Britain, Reinhard Genzel dari Jerman dan Andrea Ghez dari Amerika Syarikat terpilih sebagai pemenang. Foto: Reuters
STOCKHOLM:Tiga saintis dinobatkan Hadiah Nobel Fizik pada Selasa dalam kajian mengenai lohong hitam.
Tiga saintis tersebut adalah Roger Penrose dari Britain, Reinhard Genzel dari Jerman dan Andrea Ghez dari Amerika Syarikat terpilih sebagai pemenang susulan penemuan salah satu fenomena eksotik di ruang angkasa, lohong hitam.
Penrose membuktikan bahawa pemodelan matematik yang membentuk lohong hitam adalah berkesan, terutamanya menggunakan teori relativiti umum oleh Albert Einstein.
Sementara itu, Genzel, dan Ghez, menerima anugerah bersama kerana penemuan 'objek yang tidak kelihatan dan sangat berat mengatur orbit bintang di tengah galaksi'.
Mereka berdua telah mengetuai kajian berkenaan sejak awal 1990-an. Ghez yang juga Profesor Fizik dan Astronomi di University of California adalah wanita keempat menerima penganugerahan kategori fizik sejak pengiktirafan itu diperkenalkan pada 1901.
Ketiga-tiga pemenang akan berkongsi hadiah keseluruhan berjumlah 10 juta kronor Sweden (RM 4.6 juta) dengan sebahagiannya menjadi milik Penrose, manakala Genzel dan Ghez bakal berkongsi separuh daripada ganjaran berkenaan.
Mereka sepatutnya menerima penganugerahan itu dari Raja Carl XVI Gustaf dalam upacara rasmi di Stockholm pada 10 Disember iaitu pada tarikh ulang tahun kematian ahli sains Alfred Nobel pada tahun 1896 yang mengasaskan hadiah itu.
Namun, upacara secara langsung telah dibatalkan tahun ini kerana pandemik COVID-19 dan digantikan dengan upacara di televisyen yang menunjukkan pemenang menerima anugerah di negara asal mereka.
Topic Berkaitan
#Britain
#Amerika Syarikat
#Jerman
#saintis
#lohong hitam
#Hadiah Nobel Fizik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan