awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan kes 1MDB Najib esok
SIGGRAPH Asia 2026: Kuala Lumpur lakar sejarah, angkat falsafah 'Human-Centered' dan tema 'Weaving the Future'
JAWI diarah siasat isu lelaki berpakaian menyerupai wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TikTok kembali beroperasi selepas Trump mahu pengguna saksikan pelantikannya

Bernama
Bernama
20/01/2025
02:30 MYT
TikTok kembali beroperasi selepas Trump mahu pengguna saksikan pelantikannya
TikTok kembali beroperasi pada petang Ahad selepas Donald Trump, yang kembali memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat untuk penggal kedua berkata bahawa pengguna "berhak untuk menyaksikan pelantikannya yang mengujakan."
WASHINGTON: TikTok kembali beroperasi pada petang Ahad selepas Donald Trump, yang kembali memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat untuk penggal kedua berkata bahawa pengguna "berhak untuk menyaksikan pelantikannya yang mengujakan."
Trump juga mengumumkan lanjutan tempoh untuk mengelakkan aplikasi itu terus dihentikan.
Apabila pengguna membuka aplikasi itu, mesej daripada TikTok memaparkan, "Selamat kembali! Terima kasih atas kesabaran dan sokongan anda. Hasil usaha Presiden Trump, TikTok kini kembali di AS!" menurut laporan United Press International (UPI).
Dalam kenyataan di platform Truth Social pada pagi Ahad, Trump menyeru syarikat-syarikat agar tidak membiarkan TikTok dihentikan operasinya.
"Saya akan mengeluarkan perintah eksekutif pada Isnin untuk melanjutkan tempoh sebelum larangan undang-undang berkuat kuasa supaya kita boleh mencapai perjanjian bagi melindungi keselamatan negara kita," kata Trump.
Majlis pelantikan Trump sebagai Presiden AS ke-47 dijadualkan berlangsung pada Isnin, 20 Jan.
Beliau akan mengangkat sumpah jawatan bersama JD Vance yang akan menjadi Naib Presiden AS. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#TikTok
#TikTok di Amerika
#Donald Trump
#angkat sumpah Presiden AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan