INTERNATIONAL
TikTok: Pengguna di AS dakwa tapisan kini lebih ketat

TikTok memaklumkan dasar dan algoritma mereka tidak berubah, dan sedang bekerja keras bagi memastikan aplikasi itu dapat distabilkan.
LOS ANGELES: Pengguna TikTok di Amerika Syarikat mendakwa terdapat penapisan yang lebih ketat selepas platform itu dapat diakses semula susulan perintah eksekutif daripada Presiden, Donald Trump.
Ringkasan AI
- Pengguna TikTok di AS mendakwa terdapat penapisan lebih ketat selepas platform itu diakses semula susulan perintah eksekutif Presiden Trump.
- TikTok memaklumkan dasar dan algoritma mereka tidak berubah, tetapi sedang bekerja keras untuk menstabilkan aplikasi.
- TikTok menegaskan garis panduan mereka tidak membenarkan kandungan yang mempromosikan keganasan atau kebencian.
Namun begitu, TikTok memaklumkan dasar dan algoritma mereka tidak berubah, dan sedang bekerja keras bagi memastikan aplikasi itu dapat distabilkan dengan segera.
"Tiada perubahan dalam dasar dan algoritma kami.
"Kami bekerja keras untuk mengembalikan operasi kami di AS dan menjangkakan ketidakstabilan buat sementara waktu, yang boleh memberi kesan kepada ciri TikTok atau akses pengguna kepada aplikasi," kata TikTok dalam satu kenyataan kepada Reuters.
TikTok juga berkata garis panduan mereka jelas, iaitu tidak membenarkan kandungan yang mempromosikan pengganas dan keganasan, atau kebencian.
Sebelum ini, presiden Trump telah berikrar untuk mencari penyelesaian kepada larangan TikTok di AS, dengan beberapa pembida telah dikenal pasti.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami